Saturday, August 16, 2014

Jamuan Raya Aidilfitri Surau Al-Ehsan 2014


Alhamdulillah. Segala perancangan terlaksana sudah. Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Surau Al-Ehsan yang saban tahun disambut secara tradisi telahpun selesai dikendalikan hari ini, tanggal 16 Ogos 2014.

Sungguhpun penyediaannya seperti biasa-biasa, namun sambutannya nampak agak luarbiasa.

Kehadiran seperti selalu, sungguhpun surat jemputan telah dihantar ke semua rumah di dalam qariah yang berdekatan dengan surau, namun tidak semua yang menyambutnya. Mungkin belum tiba masanya untuk menjejakkan kaki ke laman surau ini.

Pengerusi Surau Al-Ehsan yang juga merupakan Adun Titi Serong, AF YB Ustaz Abu Bakar telah meluangkan masa beliau untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan jamuan raya tahun ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Adun Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang turut berkunjung bagi menyerikan majlis kami.

Sekalung penghargaan kepada AJK Pelaksana yang diketuai oleh pengarahnya, Raja Mohd Yusof yang telah menjalankan tanggungjawab yang diberi bagi memastikan kejayaan majlis jamuan raya di surau pada tahun ini.

Menu hidangan majlis jamuan raya tahun ini berupa sate, lemang dan rendang ayam, nasi impit dan lontong, mee rebus, buah-buahan dan minuman yang disediakan untuk 300 tetamu.

Majlis yang bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5, kelihatan tidak banyak lebihan makanan. Alhamdulillah, tiada pembaziran tahun ini.

Gambaran kemeriahan sambutan jamuan raya di Surau Al-Ehsan pada tahun ini terakam melalui lensa kamera saya untuk dikongsikan bersama.


Haji Daud, bendahari surau bersama Ustaz Abu Bakar



Muslimat surau menyediakan makanan di bahagian bawah surau

Cikgu Naser dan Hafizi

Anak-anak Surau Al-Ehsan

Aksi Lansi Abang Long Samsul, Gerik Mari

Haji Nazmi selaku pengerusi majlis petang ini

Doa sebagai pembuka majlis dibacakan oleh Ustaz Mahadi

Saudara Amran Harun (berbaju kuning), Pengerusi Yayasan Amal Perak yang dijemput bagi menerima sumbangan hadirin untuk Tabung Palestin bagi membantu saudara kita di Gaza yang dizalimi oleh Israel





Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau, AF YB Ustaz Abu Bakar



Menu hidangan majlis jamuan raya surau

Ustaz Tahir

Chor Zulkarnaini, bagai pengantin yang dinanti


AF YB Ustaz Abu Bakar menghulurkan sumbangan untuk Tabung Palestin


Jamuan makan pun bermula











Haji Sahak, makan tak noleh-noleh


Ketibaan YB Radzi Zainon disambut oleh Raja Mohd Yusof dan Samsul




Haji Sahak, tangan kanan mengacah, tangan kiri pula yang memberi





Bergambar beramai antara jemaah surau dan tetamu

AJK Surau dan pelaksana majlis jamuan raya tahun ini bergambar bersama Pengerusi Surau, AF YB Ustaz Abu Bakar

Thursday, August 14, 2014

Isu Selangor: Please, don't question our commitment', kata PAS

Kenyataan Media (14 Ogos 2014)
NAIB PRESIDEN PAS
 
PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.
 
Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.
 
Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.
 
Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).
 
Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the interest of the many, outweigh the interest of the few’.
 
Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...
 
Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.
 
Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.
 
PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR & DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"
 
Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.
 
Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’
 
InsyaALLAH, ‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar  untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!
 
 
HAJI SALAHUDDIN AYUB
Naib Presiden PAS.

Wednesday, August 13, 2014

Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas meninggal kemalangan


Awal pagi yang dihidangkan dengan berita sedih. Berita yang diterjah melalui sistem pesanan Whatsapp mengenai kehilangan seorang pendakwah dan pejuang agama Allah yang sehingga ke akhirnya bersama-sama dalam jemaah Islam. 

Berita yang datang:

Assalamualaikum. Hilangnya permata... Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas telah kembali ke rahmatullah terlibat dengan kemalangan di Sri Iskandar jam 12.15 malam tadi selepas pulang dari pengebumian ayahnya, Hassan b. Loden yang meninggal pagi tadi di Behrang 2020,Tanjung Malim. Jenazah beliau ada di hospital Changkat Melintang. Al-Fatihah... 

Saya pernah bersama-sama Allahyarham di dalam lajnah Penerangan Pas Perak. 

Arwah begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugasan bagi membawa syiar Islam di Beruas khususnya dan negeri Perak ini amnya. 

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan pejuang-pejuang kalimah Allah dan para solihin. 


Followers