Thursday, December 12, 2013

Dapatkan Hadiah Tahun Baru dari Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man malam ini


Malam ini akan berlangsungnya satu ceramah perdana dengan tajuk 'Hadiah Tahun Baru' bersama-sama dengan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Razman Zakaria.

Ceramah akan dijayakan di Ziha's Homestay (bersebelahan dengan Surau Al-Ikhlas, Bandar Pulai Jaya, Simpang Pulai) bermula jam 9.00 malam ini, 12 Disember 2013 (Khamis).

Ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Gopeng dan Pas Cawangan Pulai Jaya ini juga akan menampilkan persembahan istimewa daripada Ustaz Huri Alias.

Datanglah beramai-ramai untuk mengetahui apakah hadiah yang bakal kita terima di tahun baru ini.

Monday, December 2, 2013

Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015

     
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :

1. Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah
1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Sdr Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari :
1. YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah
2. Dato’ Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Tn. Hj. Mohd Hussin
5. Tn. Haji Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Tahniah! Haji Razman Zakaria dilantik Pesuruhjaya PAS Perak yang baru


Tuan Haji Razman Zakaria, YDP Pas Lenggong dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak 2 telahpun dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baru bagi menggantikan AF Ustaz Abu Bakar Hussein.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Razman diatas perlantikan ini. Beliau juga sebelum ini adalah calon Pas bagi Parlimen Lenggong dalam PRU13 yang baru lalu. 

AF Ustaz Abu Bakar dikatakan melepaskan jawatan tersebut atas sebab kesihatan. 

Semoga PAS Perak akan lebih berdaya maju dibawah pimpinan Tuan Haji Razman Zakaria. 

Perhatian sekarang tertumpu kepada saf pimpinan Badan Perhubungan Pas Perak yang akan dilantik. Diharapkan agar mereka yang benar-benar layak untuk mengangkat Pas Perak ke tahap yang sepatutnya yang akan berada di Pejabat Perhubungan Negeri. 

Sekali lagi, sekalung tahniah buat Pesuruhjaya Pas Perak yang baru, Tuan Haji Razman Zakaria. 

Sunday, December 1, 2013

Al-Fatihah! Dato' Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah


Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) PDRM yang menyertai Pas sedikit masa lalu telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi. 

Allahyarham yang meninggal jam 8.50 malam ini telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Selayang tiga hari yang lalu apabila secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dirumahnya di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan calon Parlimen Larut pada PRU13 setelah menyertai PAS tahun lalu. 

Jenazah Allahyarham akan di bawa kerumahnya di Sec 10, Shah Alam dan akan dikebumikan jam 11 pagi esok.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.

Gambar popular Allahyarham Dato' Fauzi Shaari yang saya sendiri ambil sewaktu pengumuman dan penyerahan borang Pas kepada Dato' Presiden, Haji Abdul Hadi Awang di Larut tahun lalu. 

Friday, November 8, 2013

Ceramah Isu Semasa di Taman Maju Rapat malam ini


Malam ini akan diadakan Ceramah Isu Semasa di Taman Maju Rapat (berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah), Ipoh. Ceramah akan bermula jam 9.00 malam.

Ceramah kali ini akan disampaikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad bersama dengan YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng dan juga YB Radzi Zainon, Adun Sg Rapat.

Datanglah beramai-ramai.

Monday, November 4, 2013

BN gagal di Sg Limau walau guna segala kekuatannya

Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.

PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.

Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.

Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.

Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.

Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.

Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.

Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau.‎

Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu.

Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu.‎

Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia.

Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden.

Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN.

Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah.

Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau.

Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo.

Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini.

Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut. – 4 November, 2013.


Sumber: The Malaysian Insider

Sunday, November 3, 2013

Gandingan mantap terajui kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak sesi 2013-2015


Pemuda Pas Perak telahpun membuat pemilihan mereka bagi memilih pucuk pimpinan yang baru bagi sesi 2013-2015 hari ini di Ipoh Tower Regency, Ipoh.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi hari ini menyaksikan keputusan pemilihan yang bercampur-campur.

Sebelum ini, dikatakan terdapat dua kumpulan yang berentap merebut jawatan-jawatan tertinggi dewan. Namun, keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar, Dr Nuri Al Amin petang ini menyaksikan gabungan dua kumpulan tersebut bagi meneraju sesi baru dewan tersebut.

Keputusan Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak bagi sesi 2013-2015 adalah seperti berikut:-

Ketua Pemuda: Dr Raja Iskandar Al-Hiss berjaya mengalahkan penyandang, YB Ustaz Ahmad Zawawi Hassan dengan memperolehi majoriti 7 undi. Dr Raja Iskandar 104 undi manakala Ustaz Zawawi 97 undi. 

Timbalan Ketua Pemuda: Juga dengan majoriti 7 undi, Ustaz Akmal Kamaruddin berjaya mengatasi pencabarnya dengan 104 undi, Saudara Salman Saleh mendapat 97 undi. 

Naib Ketua Pemuda: Ustaz Khairi Jamaluddin (108 undi) yang merupakan penyandang jawatan ini telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau dengan majoriti yang selesa dan besar, 15 undi mengatasi Ustaz Nazri Din (93 undi). 

Exco-exco Dewan Pemuda Pas Perak:

Ustaz Hafez Sabri - 186 undi
Mohd Aidil Aziz - 130 undi
Ustaz Azmin Basya - 126 undi
Ustaz Ismi Mat Taib - 125 undi
Mohd Faizal Puait - 123 undi
Ustaz Akmal Sani - 110 undi
Ustaz Fakhrurazi Mokhtar - 110 undi
Ustaz Fairuz Hafiz - 106 undi
Hakim Mohd Nor - 104 undi
Ustaz Anuar Murad - 101 undi

Semoga dengan keputusan pemilihan kali ini, Dewan Pemuda Pas Perak bakal menggegarkan persada politik tanahair dan negeri Perak ini khususnya. 

Dan diharapkan agar agenda tarbiyyah diletakkan disenarai teratas agenda dewan bagi mengukuhkan jatidiri ahli-ahli pemuda yang merupakan pelapis bagi kepimpinan parti di masa hadapan.

Ucapan takziah saya ucapkan kepada seluruh exco yang telah terpilih kerana kalian telahpun diamanahkan untuk menggalas satu tugasan yang amat berat, yang akan diperhitungkan dihadapan Allah Taala kelak.


Saturday, November 2, 2013

PRK Dun Sg Limau: Penyelidik ramal PAS menang


Badan penyelidikan Ilham Centre menjangka PAS akan mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau apabila mendapati sokongan untuk parti Islam itu antara 53 hingga 55% menjelang hari membuang undi pada pilihan raya Isnin ini.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28 Oktober hingga 1 November.

"Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin.

Ilham Centre adalah sebuah badan penyelidik yang mempunyai rekod pencapaian baik apabila jangkaan mereka menjelang pilihan raya kecil sentiasa tepat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 lagi.

Metode bertemu responden secara bersemuka adalah antara kajian yang dibuat oleh Ilham dan ternyata ia mempunyai margin kesilapan sangat kecil.

Menurut Hisomudin, kajian kali ini mendapati pilihan raya kecil Sungai Limau memperlihatkan dengan jelas pertembungan antara PAS dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Mereka juga mendapati pengundi Sungai Limau sangat tegar dan dipengaruhi oleh identifikasi parti berbanding faktor-faktor lain.

"Faktor ini menyumbang sebanyak 81% yang diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon (12%) dan faktor isu hanya 4% sahaja," kata Hisomudin.

Pengaruh dua pondok di kawasan pilihan raya ini iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya yang dimiliki oleh tokoh PAS juga memberikan sumbangan besar sokongan kepada PAS.

Pemuda Pas Perak perlu memilih antara Tarbiyyah atau Mendepani Isu


Esok, Pemuda Pas Perak akan membuat pilihan untuk memilih pucuk pimpinan mereka bagi sesi yang baru.

Pemilihan yang akan diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh itu bakal menyaksikan pertembungan yang panas apabila secara jelas dua kumpulan bertembung untuk merebut jawatan tertinggi Dewan Pemuda Pas Perak. 

Penyandang Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Zawawi Abu Hassan yang juga Adun Gunung Semanggol dicabar oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang sebelum ini merupakan timbalan beliau. 

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula, dua muka baru akan berentap setelah jawatan tersebut tidak dipertahankan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar. Salman Saleh, bekas Setiausaha akan bersaing dengan Ustaz Akmal Kamaruddin bagi merebut kedudukan tersebut.

Manakala jawatan Naib Ketua Pemuda pula, penyandangnya Ustaz Ahmad Khairie Jamaluddin akan mempertahankannya menentang Ustaz Nazri Din. 

Kempen pertandingan ini dapat dilihat di media-media sosial terutamanya Facebook dengan gabungan Dr Raja Ahmad Islandar, Salman Saleh dan juga Nazri Din menaikkan gambar-gambar lama mereka memberikan sidang media dan menghulurkan bantuan kepada rakyat. 

Team ini membawa tagline 'Mendepani Isu' di dalam poster-poster kempen mereka.

Manakala team penyandang, YB Ustaz Ahmad Zawawi dan Ustaz Ahmad Khairie bersama-sama dengan Ustaz Akmal Kamaruddin lebih memperkatakan mengenai Tarbiyyah ahli. 

"Pemuda perlu dibentuk dengan tarbiyyah, sesuai dengan Islam sebagai dasar parti. Bukannya membicarakan isu-isu semata. Pemuda bukan perlu dirai sentiasa, tapi mesti selalu dipimpin dengan agenda agama" kata seorang pemuda kepada saya.

Saya bukanlah salah seorang daripada perwakilan Dewan Pemuda Pas Perak yang akan memilih pemimpin yang akan mewarnai halatuju pemuda. 

Dan bukanlah niat saya untuk mempengaruhi para perwakilan kerana saya percaya mereka adalah insan yang matang serta tentu sekali telahpun membuat pemilihan mereka di dalam hati sebelum menterjemahkannya ke kertas undi esok pagi. 

Buat yang bertanding, terimalah apa jua keputusan yang akan dibuat para perwakilan esok. Anda semua memang layak untuk bertanding, tetapi yang terpilih sahaja yang akan memimpin. 

Setelah selesai nanti, rapatkanlah saf kembali, bekerjalah kerana Allah, bukan yang lain.

Saya ingin ucapkan salam takziah buat siapa jua, yang telah dipilih sebagai pemimpin Dewan Pemuda Pas Perak esok kerana amanah yang dipikulkan ke bahu anda itu tentunya amatlah berat dan akan dipersaksikan dihadapan Allah Taala nanti. 

Selamat bermuktamar dan memilih pemimpin buat semua perwakilan Dewan  Pemuda Pas Perak. 



Monday, October 28, 2013

Konvensyen Pas Perak 2013 - Penutup


27 Okt (IPOH): Bagi pembentangan kertas kerja yang ketiga, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib telah berbesar hati untuk memberikan komitmen kepada Pas Perak.

Manakala untuk majlis penutup konvensyen pula, YB Datuk Haji Mahfuz Omar telah menyempurnakannya.


Ustaz Fakhruddin selaku moderator bagi sesi kali ini

Tan Sri Muhammad membentang dengan panjang lebar mengenai Umno dalam bentuk wacana

Wacana beliau bertajuk 'Pengaruh UMNO dikalangan Pengundi Melayu: Cadangan Strategi untuk Pas'


Pembahas yang pertama

Dr Khairuddin Malik sebagai wakil Pas Tambun 


Wakil daripada Dewan Ulama'

YB Datuk Mahfuz tiba

Tan Sri Muhammad membuat pergulungan 



Cenderahati buat tetamu


YB Ustaz Radzi Zainon membacakan resolusi konvensyen pada hari ini

YB Datuk Mahfuz menyampaikan ucapan penutup konvensyen


Haji Mahfuz, Pesuruhjaya Pas Kedah menerima cenderahati daripada Peseruhjaya Pas Perak

Kutipan derma kilat




Haji Mahfuz menjawab pertanyaan wartawan di dalam sidang media beliau


YB Ustaz Radzi Zainon dan Haji Othman Maseri bergambar bersama Tan Sri Muhammad

Amran Harun dan Ustaz Dr Nuri juga berpeluang mengambil gambar bersama Tan Sri Muhammad

Penulis mengabadikan kenangan bersama Tan Sri Mat Taib

Konvensyen Pas Perak 2013 - Pembentangan Kertas Kerja


27 Okt (IPOH): Pas Perak bertuah kerana berjaya mendapatkan penganalisis daripada Merdeka Center sebagai pembentang kertas kerja di konvensyen.

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis membentangkan tajuk 'Analisa Keputusan PRU13 Perak: Kedudukan PAS'. Isi yang dikupas beliau begitu mendalam dan memberikan impak yang cukup baik sebagai panduan berguna kepada Pas Perak.

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis

Sdr Salman Saleh menjadi moderator bagi sesi pembentangan yang pertama 

Perbahasan kertas kerja yang pertama dimulakan oleh wakil daripada Dewan Muslimat Pas Perak

Wakil Bukit Gantang 

Dato Seri Nizar dan Dr Dzulkefli Ahmad menanti sesi perbentangan kertas kedua

Puan Rohawati naik ke pentas sebagai moderator bagi sesi kedua


Dr Dzulkefli Ahmad sebagai pembentang kertas kerja yang kedua bagi menggantikan Professor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman yang disaat akhir tidak dapat hadir bagi membentangkan tajuk 'Prospek Pas Perak Pasca PRU13'




Perbahasan bagi sesi kedua

Ustaz Akmal sebagai wakil Dewan Pemuda Pas Perak membahas


Saudara Amran Harun wakil daripada Pas Kampar


Hangat dewan dengan perbahasan beliau

Dr Dzul menggulung dan menjawab perbahasan

Cenderahati buat tetamu

Makan tengahari


Yang ini makanan penulis, Bismillah

Followers