IPOH 14 NOV Sebelum Dato Seri Nizar Jamaluddin berangkat meninggalkan majlis untuk ke program di Bukit Gantang, kesemua murid-murid Pasti telah berpeluang untuk bergambar kenangan bersama-sama Dato Seri Nizar dan isteri, Datin Seri Fatimah Taat.
Oleh kerana terlalu ramai anak-anak Pasti, sesi bergambar terpaksa dibuat dua bahagian untuk memenuhi permintaan kesemua ibu bapa untuk merakam gambar anak-anak mereka bersama pemimpin yang disanjungi semua.
Kelihatan dihadapan pentas telah dipenuhi dengan ibu bapa yang mengambil gambar anak masing-masing. Agak sukar untuk mendapatkan gambar penuh kesemua murid bersama Dato Seri Nizar di atas pentas.
No comments:
Post a Comment