Wednesday, April 11, 2018

Gendang dah berbunyi


SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti.

Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SPR itu berada pada hari Rabu iaitu hari bekerja. Tentu amat sulit untuk pengundi luar pulang membuang undi jika ianya diadakan pada hari bekerja.

Setelah gendang perang dibunyikan, tetapkanlah hari apa sekalipun, pasti ada jalan untuk pengundi luar pulang membuang undi kerana itu adalah hak dan tanggungjawab mereka kepada negara.

Pilihanraya umum yang lalu pernah juga diadakan pada hari bekerja, jadi ianya bukanlah alasan untuk menafikan hak pengundi.

Ayuh, sementara menunggu sampainya tarikh 9 Mei itu, kita gerakkan seluruh tenaga dan upaya kita membantu jentera pilihanraya bagi memenangkan Parti Islam SeMalaysia (PAS). 

Dengan lafaz Bismillah, saya menjemput semua berganding bahu turun ke bilik-bilik gerakan menghulurkan segala bantuan yang kita mampu.

Pastikan fajar subuh yang menyinsing pada 10 Mei nanti akan menyinarkan Malaysia Sejahtera bersama PAS. 

Takbir!

Followers