Saturday, November 7, 2009

Madrasah Nurul Hidayah menjadi tumpuan ramai solat hajat bersama Dato Seri Nizar

IPOH 6 NOV Solat hajat yang diadakan di Madrasah Nurul Hidayah, Kg Pengkalan Gate Tambahan menarik minat ramai apabila Dato Seri Nizar Jamaludin turut bersama-sama menjayakannya.

Selesai solat hajat, ceramah diadakan diperkarangan madrasah dengan kehadiran bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi juga mendapat perhatian daripada kaum yang lain.

Dato Seri Nizar menjelaskan mengenai perbicaraan kes Menteri Besar Perak yang sah di Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan, Putrajaya Khamis lalu.

Oleh kerana kes ini membabitkan kepentingan khusus rakyat Perak dan Malaysia amnya, pihak Dato Seri Nizar telah memohon agar 11 panel hakim mendengar kes tersebut. Tetapi malangnya, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan.

Pernah dijalankan perbicaraan yang melibatkan kes dadah menggunakan khidmat 7 orang panel hakim, apalah salahnya bagi satu kes yang besar dan mustahak kepada rakyat ini diberikan bilangan hakim yang lebih daripada itu.


Kepimpinan tempatan berada dipentas utama.

Orang ramai tidak berganjak mendengar penjelasan mengenai suasana politik Perak yang terkini daripada Dato Seri Nizar. Kehadiran masih lagi berlanjutan diketika ini.

Setelah selesai semua pihak memberikan hujah masing-masing, akhirnya pihak hakim tidak dapat memberikan keputusan mengenai siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah dan ditangguh ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Berapa lama lagi? Tak tahulah.

Pada sidang dun 28 Okt yang lalu, kami ditahan daripada memasuki dewan oleh pihak polis. Bajet dilulus oleh BN tanpa kehadiran kami dan juga tanpa dibahas oleh adun-adun mereka. Segalanya selesai dalam masa hanya 20 minit saja.

Didalam perkarangan madrasah

Diluar perkarangan madrasah juga terdapat ramai
orang sedang mengikuti ceramah.

Madrasah Nurul Hidayah, Pengkalan Gate Tambahan
menjadi tumpuan ramai malam ini

Selesai menyampaikan ceramah, Dato Seri Nizar bergegas untuk ke Markaz PAS Jeliang, Kuala Kangsar untuk berceramah disana bersama-sama YB Nga Kor Ming

Omar Nasarfudin, Ketua Penerangan PAS Gopeng
selaku pengerusi majlis pada malam ini

Ustaz Radzi Zainon, mantan calon PAS untuk Dun Sg Rapat pada PRU-12 yang lalu turut menyampaikan ceramahnya mengenai kebajikan yang dilaksanakan semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak selama 11 bulan dulu.

Sejak 30 tahun lalu Kg Pengkalan Gate Tambahan ini memohon lampu jalan daripada kerajaan BN, namun permohonan mereka itu tiada dibalas. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, Kg Pengkalan gate Tambahan telah menikmati bukan sahaja lampu jalan, malah jalan masuk ke kampung tersebut daripada jalan besar telah diturap dan dibesarkan untuk kemudahan penduduk tempatan.

Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng daripada PKR memberikan penerangan mengenai sesi perbahasan di Parlimen yang baru dihadirinya sebelum tiba ke madrasah kampung ini.

Selesai ceramah, berkunjung ke tapak medan selera yang didirikan bersebelahan dengan madrasah, terdapat ramai 'penceramah' disini sedang meluahkan pandangan dan cetusan rasa sambil menghirup bihun sup gear-box.

3 comments:

al-Balingi said...

Salam,

Saya suka membaca blog anda. Dan saya percaya saudara merupakan aktivis PAS. Entry2 blog ni mmg cukup bermanfaat dan bermaklumat kpd semua pencinta Islam. Paling menarik byk berita ttg PAS Perak. Tahniah !

Apa yg menarik blog ni tidak seperti blog teman seperjuangan yang lain. Sarat dengan berita melagakan kepimpinan parti. Antara TGHH dan TGNA. Antara puak Pro PKR dan puak UG. I'm totally sick of it. Kekadang menjadi penyebab kpd saya utk menjauhkan diri dari melayari internet.Dan juga antara faktor penyebab kpd saya utk malas berbicara ttg politik. Mgkin itu kelemahan saya.

Antara TGHH dan TGNA, kita menyayangi keduanya. But believe me, both do make mistakes. Tetapi yg mana lebih mudharat yang menjadi persoalannya. Kecewa la bila membaca blog2 yg mengutuk kepimpinan parti. Tegur la cara berhemah. Hmmmm...apa pun blog anda mmg tip-top.

Ajijoi said...

Terima kasih atas sokongan kepada usaha blog ini.

Mengenai berita-berita yang melagakan pimpinan parti, saya memang sedari awal lagi tidak mahu mengambil bahagian didalam perbahasan hangat diruang maya ini, kerana siapalah saya untuk membuat andaian, memberi pendapat dan menghentam kesilapan (jika ada) pimpinan atasan.

Adalah lebih baik saya dengan cara saya sebegini daripada menyumbang kepada kekecohan dan kekeliruan yang sengaja digoncang tangan-tangan ghaib.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda kepada blog ini.

Anonymous said...

jenuh kena tipu dengan Nizar aje, aku pun adas kat situ tapi orangnya mana ada....

ada le sikit kat luar pagar tu, dalam madrasah pun tak penuh.

Rentikan la...yang ramai peniaga aje, tapi diaorang pun tak balik untung..orang takdak..!!!!

Followers