Sunday, November 1, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat Perak: Kertas 2 oleh Lim Guan Eng

IPOH (31.10.09): Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pembentang kertas kerja 2 yang bertajuk "Perpaduan Kaum: Pengalaman Pulau Pinang".

YB Zainuddin pula diberikan tugas sebagai moderator bagi sesi ini

Sungguhpun pelbagai gangguan dan tuduhan dilakukan terhadap
kerajaan DAP di Pulau Pinang, segalanya dapat ditangani dengan
amalan 5 K iaitu Keadilan, Ketelusan, Kewibawaan, Kebajikan
dan Ketakwaan

Amal maaruf nahi mungkar serta sistem pentadbiran Khalifah Umar Abd Aziz menjadi ikutan serta amalan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Pembasmian miskin tegar di Pulau Pinang berjaya dilaksanakan dengan pemberian RM500 untuk setiap keluarga miskin, walaupun dikecam oleh BN dengan mengatakan kerajaan boleh jatuh bankrupt dengan pemberian tersebut, kerajaan sanggup menanggungnya asalkan rakyat dapat merasai sama hasil yang diperolehi oleh kerajaan.

Lim Guan Eng melancarkan kutipan dana bagi
Tabung Pakatan Rakyat

Segala sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun
Pas Perak Tabung Pakatan Rakyat

Pelancaran Tabung Pakatan Rakyat berjaya disempurnakan

Cenderahati buat Lim Guan Eng disampaikan oleh
Pesuruhjaya Pas Perak

Bergambar kenangan bersama semua pimpinan

No comments:

Followers