Wednesday, January 25, 2012

Rebutan kuasa Umno Gopeng kian parah, penyokong 'dilarikan' ke Jakarta & Bandung

Kemelut rebutan kuasa didalam Umno Gopeng telah lama kedengaran, namun mutakhir ini ianya semakin galak dan parah. Biarpun berkali-kali dinafikan, namun penyokong akar umbi telah mula menghidu sesuatu yang tidak enak di dalam bahagian tersebut.

Pilihanraya umum menjelang tiba, perebutan sesama mereka untuk menduduki kerusi Dun Sg Rapat masih berlangsung sehinggakan masih tiada kata putus siapakah bakal calon di Dun tersebut. Dan perlawanan ini bertambah rancak apabila bukan hanya kerusi Dun sahaja yang menjadi idaman malah kerusi Ketua Bahagian juga semakin tidak selamat. Peruntukan pilihanraya bakal digenggaman Ketua Bahagian, maka ada yang mula mengatur langkah untuk berkuasa menggenggam peruntukan tersebut.

Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Kassim yang dikatakan bakal bertanding sebagai calon Dun Sg Rapat menggantikan Hamidah, kini ditentang oleh Timbalannya sendiri iaitu Mejar (B) Roslan Zakaria. Mejar Roslan kini dilihat semakin aktif memainkan peranan untuk merebut kedua-dua kerusi iaitu di Dun Sg Rapat dan juga Ketua Bahagian Umno Gopeng sekaligus. Dengan menggelarkan dirinya sebagai 'orang kuat' Zambry, perancangan yang dijalankannya tampak drastik dan licik.

Mejar Roslan adalah seorang yang bercita-cita tinggi untuk duduk di peringkat atasan di dalam Umno Gopeng, dengan mendapat bantuan daripada Musa Nordin, seorang AJK Bahagian yang juga bekas orang Datuk Hamzah. Musa kini bertindak sebagai kempen manager kepada Mejar Roslan dengan dijanjikan jawatan Naib Ketua apabila Mejar Roslan menduduki kerusi Ketua Bahagian nanti.

Gandingan Mejar Roslan dan Musa Nordin telah berjaya 'melarikan' ramai penyokong-penyokong Datuk Hamzah dengan tajaan bercuti ke Jakarta dan Bandung. Ramai diantaranya adalah Ketua Cawangan dan juga Timbalan Ketua Cawangan.

Tajaan bercuti selama 3 hari 2 malam tersebut telah berlangsung 2 minggu yang lalu dimana 17 orang telah dibawa ke Jakarta manakala selebihnya dibawa pula ke Bandung pada 28 Januari (Sabtu) ini.

Antara yang mengikuti percutian ini adalah:-

Zon Sg Rapat

Ketua Cawangan Medan Gopeng
Ketua Cawangan Rapat Jaya
Timbalan Ketua Cawangan Pengkalan Pegoh
Timbalan Ketua Cawangan Kg Pisang
Ketua Cawangan Station 18
Ketua Cawangan Changkat Larang
Ketua Cawangan Pengkalan Seberang

Zon Simpang Pulai

Ketua Cawangan Merawan Indah
Timbalan Ketua Cawangan Kg Tanjung

Zon Teja

Ketua Cawangan Tekah
Ketua Cawangan Batu 5
Ketua Cawangan Kg Kurnia

Turut bersama-sama dengan kumpulan ini adalah seorang daripada Jawatan Kuasa Bahagian.

Bakal tergulingkah kepimpinan Datuk Hamzah sebagai Ketua Bahagian Umno Gopeng? Berjayakah Mejar Roslan mendaki takhta di bahagian itu?

Luka di Umno Bahagian Gopeng sedang digaru-garu. Tidak lama lagi kudis tersebut akan menanah dan mengeluarkan bau yang cukup tidak enak. Kita tunggu dan lihat sejauh mana permainan merebut kuasa ini mampu bertahan.

- Pak Long

Sumber: Blog DPP Gopeng

1 comment:

along said...

STEADY LAN GIANT!! bekas tentera sangat sesuai menjadi ketua

Followers