Thursday, January 5, 2012

Sekat kuliah Maghrib dan Subuh dimasjid, Pas Perak desak tarik balik

TAIPING: PAS Perak mendesak sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping ditarik balik.

Setiausaha Pemudanya, Salman Saleh berkata, pihaknya sangat terkejut dengan surat yang ditampal di masjid tersebut.

"Saya sendiri terkejut apabila terbaca notis yang ditampalkan di papan kenyataan masjid tersebut ketika saya singgah menunaikan solat di situ," katanyaTambahnya, PAS memohon dengan kadar segera penjelasan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak terhadap penangguhan tersebut."Pihak kami berasa terpanggil tentang masalah ini dan bimbang suasana yang sedang berlaku tersebut kerana usaha ini secara jelas menghalang program atau aktiviti ilmu yang sepatutnya tidak disekat sama sekali," ujarnya.Justeru, PAS Perak berharap pihak yang terbabit segera memberikan penjelasan kepada kariah masjid tersebut.Katanya, Pemuda PAS sudah menghantar surat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak dan memohon respon tentang notis tersebut secepat mungkin.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...