Thursday, January 12, 2012

PAS Parit Buntar guna pendekatan kesihatan dan kebajikan

PARIT BUNTAR, 12 Jan. :Melalui pendekatan kesihatan dan kebajikan untuk masyarakat, PAS Parit Buntar mengambil inisiatif untuk menganjurkan khidmat kesihatan percuma sempena program cakna rakyat di Taman Piandang Indah, di sini.

Menurut Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Hairul Nizam
Ishak, program itu merupakan aktiviti bersama rakyat yang dilaksanakanLujnah Kebajikan secara berterusan.

" Program hari ini mendapat kerjasama Lujnah Perpaduan Nasional
memandangkan ianya dilaksanakan di komuniti masyarakat Tionghua diTanjung Piandang.

" Semua akitivi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang
baik daripada masyarakat Tionghua di sini" katanya

Beliau berkata, khidmat kesihatan secara percuma diberikan oleh doktorsukarela dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa orang pembantu perubatan bertauliah.

" Selain mendapat kaunseling kesihatan, penduduk juga menerima khidmat ujian glukosa, tekanan darah dan berat badan unggul.

" Sambutan hangat diterima dari penduduk dan lebih 200 orang telah
menerima khidmat kesihatan yang ditawarkan " katanya

Hairul Nizam berkata, seramai sepuluh orang warga emas yang dipilih
telah menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid
Yusuf Rawa semasa program ini.

" Ahli Parlimen Parit Buntar turut memberi dana kepada urusetia
program bagi menyediakan roti canai dan teh tarik kepada penduduk yanghadir.

" Kami akan meneruskan program kebajikan ini memandangkan sambutanyang sangat baik dari penduduk setempat" katanya

Turut hadir hadir ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua
PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain
Desa, Pegawai Khas Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad dan AJK DHPP Parit Buntar Teoh Bak Chua


Orang Melayu turut menerima khidmat kesihatan



Roti canai dan teh tarik disediakan Ahli Parlimen kepada penduduk



Ahli Parlimen Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan




Dr. Mujahid sedang ditemuramah wartawan.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...