Thursday, January 19, 2012

PAS kesal dilabel Penghasut Rakyat


SUNGAI RAPAT: Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Rapat kesal dengan kenyataan daripada pihak ADUN Sungai Rapat yang melabel PAS sebagai ‘penghasut rakyat’.

Pihak ADUN Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman blog pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk “Radhi Zainon Penghasut Rakyat” serta kenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012.

Ketua Penerangan MTD Sungai Rapat, Nuruddin Bashah berkata, kenyataan tersebut berikutan pendedahan Skuad Basmi Kemiskinan PAS DUN Sungai Rapat tentang masalah setinggan di DUN Sungai Rapat.

Katanya, Skuad Basmi Kemiskinan menjelajah DUN Sungai Rapat adalah bertujuan untuk menafikan kenyataan Hamidah yang mengatakan DUN tersebut sudah setinggan sifar.

“Kami bukan mempertikai usaha yang dilakukan oleh Hamidah sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik ‘setinggan sifar di Sungai Rapat’ yang pernah diwar-warkan beliau,” katanya kepapda Harakah.

Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi.

Malah, Hamidah hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.

“Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.

“ PAS juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak Hamidah yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan.

Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik,” jelas beliau.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...