Sunday, January 1, 2012

Sambutan Tahun Baru 2012: Jangan jadikan malam maksiat

IPOH, 31 Disember 2011 : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar mengisi malam tahun baru dengan perkara yang berfaedah dan menjauhi segala perkara yang cenderung kepada kemaksiatan.

Hal ini kerana sejarah menunjukkan, saban tahun berbagai operasi pencegahan maksiat dilakukan bagi membendung gejala maksiat di kalangan masyarakat yang terutamanya membabitkan golongan muda. Tambah beliau lagi, usaha mencegah kemungkaran ini haruslah digembleng oleh semua pihak kerana ianya adalah tanggungjawab yang digalas oleh setiap muslim, jelas beliau.

Jelas beliau lagi, selain mencegah daripada kemaksiatan, kita seharusnya menghadirkan alternatif yang mungkin berbentuk program atau aktiviti yang membawa masyarakat kepada sambutan tahun baru yang lebih berfaedah. " Kita sedia maklum yang golongan remaja adalah golongan yang aktif dan sentiasa mahukan sesuatu yang dapat menghiburkan mereka.

Memetik ucapan beliau, " Seharusnya kita yang memhamai jiwa mereka ini, hendaklah menyediakan medium alternatif kepada mereka bagi menghalang mereka daripada terbabit dengan kegiatan tidak bermoral. Pertandingan futsal dan acara sukan lain sebagai contoh, merupakan cara yang baik bagi mendekatii anak muda di samping membimbing mereka kearah gaya hidup yang lebih positif "

" Kita juga menggesa pihak berkuasa mengekang segala bentuk program yang berunsurkan maksiat dan menjurus kepada kemaksiatan"

Beliau turut mengulas tentang program di televisyen yang lebih cenderung kepada rancangan seram dan hiburan melampau, serta kurangnya rancangan yang bersifat mendidik masyarakat bagi menjadi yang lebih baik untuk tahun 2012.

Sambutan tahun baru seharusnya dimanfaatkan dalam usaha menjadi ibu bapa,guru,pelajar,pekerja, dan anak yang lebih baik daripada tahun sebelumnya, Inilah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW tentang keperluan bagi setiap individu muslim dalam melakukan koreksi diri ke arah manjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa tegas beliau.

Sebagai pengakhiran, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan semua dengan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW tentang perlakuan maksiat secara terbuka :

" Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah SWT sudah menutupi dosa terbabit, kemudian Dia berkata : Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah SWT sudah menutupi dosa itu semalam, tetapi pada pagi hari, dia buka yang ditutup oleh Allah SWT."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


http://perak.pas.org.my

http://ustazabubakar.wordpress.com/

1 comment:

Anonymous said...

mengisi malam tahun baru dengan perkara yang berfaedah dan menjauhi segala perkara yang cenderung kepada kemaksiatan- setuju.Tapi kenapa PAS Perak sendiri gagal menaja cara sambutan yang berfaedah tersebut spt di Di Dataran Shah Alam Selangor.http://really.tigaline.com/really-video-dan-gambar-sekitar-count-down-2012-bersama-ustaz-azhar-idrus-di-shah-alam/

Followers