Thursday, January 5, 2012

Kerajaan rampasan kuasa Umno Perak akan ditamatkan riwayat oleh rakyat pada PRU-13 ini

IPOH  5 Jan, PAS Perak menyatakan Umno BN terutamanya di Perak dilihat cukup terdesak dengan situasi politik di negeri ini, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, walaupun Umno BN menguasai media massa di negara kita, namum ianya tidak cukup untuk meyakinkan rakyat untuk mempercayai berita-berita fitnah yang mereka lemparkan kepada Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya di Perak.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa golongan muda kini semakin menjauhkan diri mereka dari Umno,dan perkara ini  telah memaksa  Umno BN Perak untuk turun padang menawan hati anak muda dalam program Jumpa Orang Muda ( JOM ) yang dianjurkan mereka.

Memetik ucapan beliau, "PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara"

" Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, rakyat sentiasa diberikan berita-berita fitnah dari pemimpin Umno BN untuk menananm bibit-bibit kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat"

" Dan terkini, sumber yang PAS Perak perolehi, kita melihat bahawa Adun-Adun Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka."

Justeru PAS Perak melihat, kini Adun-Adun Umno sendiri sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh diterima oleh rakyat Perak atau tidak, tegas beliau.

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...