Monday, January 30, 2012

Isu KUIN : Terdapat campur tangan Umno - Presiden PAS

Presiden PAS belum terima memo pelajar KuinPresiden PAS belum terima memo pelajar Kuin
GOMBAK- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata,kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu,terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau. -Harakahdaily

No comments:

Followers