Wednesday, January 4, 2012

Pelajar UPSI diperdaya sebelum ditangkap


KISAH SEORANG SISWI UPSI - Siti Nurul Piteriah ..

Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan. Menurutnya yang juga lebih dikenali 'Yuyu Luna' di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

"Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

"Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai. "Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.", ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut 'bar exam'.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini. "Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil 'exam'.."

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

"Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan "orang atas" yang berkepentingan atau pun "membalas dendam atas kederhakaan." "Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besar bakal berlaku."

UPSI sekat youtube, facebook

Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

"Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube. "Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam."

"Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.", ujarnya dalam satu kenyataan. – GZDaily

No comments:

Followers