Monday, January 30, 2012

Guan Eng: Angpau Putih Ibrahim Ali Hina Orang Cina


PULAU PINANG 30 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.

Kenyataan Lim tersebut ekoran satu majlis Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman pada 29 Januari lalu Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih. 

"Tahun Baru Cina menggunakan angpau warna merah tapi Ibrahim Ali dan Perkasa bagi warna putih.

"Warna putih adalah angpaw untuk orang mati. Ini satu penghinaan pada orang Cina.

Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.

"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adala orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.

"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.

Menurut Lim, beliau bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelampau seperti Perkasa dan MCA.

"Tapi Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tak boleh terima," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

No comments:

Followers