Wednesday, January 4, 2012

Kerajaan kerdil sahaja sanggup lanyak mahasiswa

Membantai mahasiswa sehingga berdarah dan cedera umpama kerajaan BN isytihar perang kepada bukan sahaja terhadap mahasiswa atau kelompok pelajar malah kepada semua anak muda.

Inilah bukti kerajaan ini kerdil dan lemah kerana hanya sanggup pukul anak sendiri berlebih-lebihan.

Penahanan 20  orang mahasiswa yang berhimpun secara aman dalam keadaan menutup aurat tanpa ada alkohol dan kondom pada malam tahun baru 2012  di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa membuktikan betapa bebalnya kerajaan  BN dan Polis memahami dikotomi bermoral dan tidak bermoral. Kerajaan ini umpama Disnasti Akhir Empayar Rom barat yang hampir tumbang suatu ketika dahulu akibat jahil mebezakan apa yang bermoral apa yang tidak.

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang cedera di dada serta  Amar Rasyidi yang cedera akan menjadi parut bernanah dalam gerakan mahasiswa dan kerajaan BN perlu kerahkan pemuda UMNO dan Puteri UMNO bekerja overtime jika ingin meraih kembali sokongan anak muda.

Tergamakkah UMNO isytihar perang atau benci kepada mahasiswa? Jika ini layanan yang diberi jelas BN isytihar BENCI kepada kelompok mahasiswa.

Kelompok SMM dan BEBAS bukan kelompok pelajar 'huha-huha' yang berkumpul dengan motor rempit seperti kelompok remaja bandar dan pinggir bandar. Polis cukup 'takut' dengan kelompok anak muda rempit dan tidak bermoral menyambut Tahun baru dalam keadaan yang cukup teruk setiap tahun.

Kelompok ini bukan juga kelompok pelajar yang membuat perkara tidak bermoral di luar negara selepas mendapat biasiswa Petronas atau kerajaan. Mereka golongan terpelajar Cuma yang membezakan mererka dengan pelajar lain adalah mereka cakna dan sensitif dengan kezaliman kerajaan.

Hanya disebabkan turun bendera bermuka PM, UMNO sanggup  kerahkan para polis untuk berkeras terhadap mahasiswa. Sedangkan mahasiswa dalam sesebauh kerajaan umpama anak kandung yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan. Bayangkan anak kita terpijak baju atau terkotorkan baju kerja kita, sanggup kah kita tumpahkan darah mereka? Sanggupkah kita bantai anak kita separuh nyawa sehingga dihantar ke hospital? Indisen ini menampakkan betapa bencinya pemerintah terhadap mahasiswa hanya kerana turunkan bendera muka manusia bukan bendera daulat atau bertulis nama Allah.

Polis kini dikerah pula untuk  membuat 'home work' untuk jawab isu keganasan Polis. Saban tahun PDRM berusaha menmapilkan imej yang bersih dan baik, tetapi dirosakkan oleh UMNO kerana UMNO kerap memaksa Polis berkasar dengan rakyat.

Dahulu, Polis diminta ambil masa seminggu untuk 'edit' dan tunjuk jawapan bahawa Polis tidak berkasar dengan peserta BERSIH, sedangkan rakyat ambil masa 10 minit untuk 'upload' dalam youtube.

Kini Polis terpaksa bekerja keras lagi untuk menyiapkan video terkini menampilkan jawapan bahawa mereka 'berlembut' terhadap mahasiswa 1 januari 2012 yang lalu sedangkan mahasiswa menyebar video tulen dalam masa setengah jam tanpa sempat diaudit oleh pelajar MMU atau jurusan IT daripada IPTA lain.

UMNO tak serik dengan kejatuhan Mesir dan bagaimana pemuda guling Suharto bila mahasiswa mulai dikasari dan dilayan seperti binatang.

Usaha Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) untuk membantu mahasiswa mendapat sedikit kelonggaran dalam menyuarakan pandangan dan sebagai komponen aksi yang sihat dalam Negara cuba dihalang oleh UMNO sehingga menggasak mahasiswa pro-UMNO untuk desak Saifuddin letak jawatan.

Mahasiswa ASPIRASI (ahli UMNO) adalah keompok pelajar yang dianggap bakal meneruskan legasi rasuah UMNO kerana mereka tida pula mendesak menteri rasuah seperti Shahrizat untuk letak jawatan sebaliknya menteri yang tidak rasuah dan intelek seperti saifuddin pula menjadi sasaran 'intelektual' mereka.

Kelompok inilah yang bakal menjadi komoditi alat kapitalis yang hanya bangga digelar 'modal insan' (modal manusia) dalam sistem ekonomi tanpa ada sahsiah dan sikap sensitif atas kezaliman dan penyelewengan kerajaan.

Benar kata sesetengah blogger dan pemimpin mahasiswa, mahasiswa dan isu Adam Adli dijadikan punching bag UMNO apabila UMNO terjerat dengan isu salah guna wang Feedlot, isu Khir Toyo yang diketahui keputusanya dalam jangka waktu hampir pilihanraya, terjerat dengan kenyanyukan Mahathir yang menipu rakyat berkenaan siapa yang berhutang dengan bank Dunia serta UMNO cukup geram apabila isu haji mazhab najib dijadikan isu para pembangkang untuk mengupas kejahilan Ulama' UMNO.

Biar apapun, kejadian berdarah ini adalah titik mula kebangkitan mahasiswa seperti era tahun 1970an.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan MTD Sg Rapat

(bekas mahasiswa)

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...