Mengenai bangunan yang dijadikan Pejabat Pemasaran Arak Perak milik Guiness Anchor Berhad (GAB) di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan, kelulusan perlesenannya telah melibatkan banyak pihak iaitu Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), polis daerah, bomba, ahli PBT dan yang lain-lain termasuklah Pegawai Tadbir Agama (PTA).
Namun begitu, pegawai tadbir agama di Jabatan Agama Islam Perak telah membantah serta tidak bersetuju dengan pemberian lesen untuk mengedarkan arak ke seluruh negeri Perak dengan pusat edarannya bertapak di bangunan seperti mana yang ada sekarang.
Oleh kerana pihak yang lain-lain telah bersetuju dan merupakan satu suara majoriti yang telah menenggelamkan suara bantahan PTA itu tadi, maka pandangan majoriti telah diterima pakai untuk meluluskan sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai pejabat pemasaran arak keseluruh negeri Perak. Jenama-jenama arak yang popular dan bernaung dibawah label Guiness Anchor Berhad adalah Tiger, Guiness, Anchor dan Heineken.
Diharap semoga dengan pendedahan ini, nama baik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan juga Jabatan Agama Islam Perak tidak dicemar dan dicemuh serta dikaitkan dengan pusat pengedaran arak ini oleh mana-mana pihak untuk menjaga maruah dan nama baik pentadbir agama Islam itu sendiri.
Tetapi, bagaimana pula dengan penglibatan Adun Sg Rapat, YB Hamidah Osman (Pengerusi,
Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita kerajaan BN Perak) di dalam perkara ini? Adakah Hamidah juga bersetuju pusat pengedaran arak keseluruh negeri Perak tertegak disitu? Siasatan masih berlangsung....
2 comments:
Hamidah lah yang sokong kuat; dengar ceritanya siapa minta angpow!
Kawasan ini bukan terletak di DUN Sg Rapat, tetapi DUN Pinji parlimen Ipoh Timor. Kelulusan juga bukan dari BN tetapi oleh pakatan rakyat pada 30 Dis 2008.
Untuk penjelasan lanjut layari http://nizamisa.blogspot.com/2009/11/darul-whiskey-vs-darul-arak.html
Post a Comment