Sunday, April 3, 2011

Sukan Pasti Gopeng 2011

GOPENG (3.4.2011): Sukan tahunan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) kawasan Gopeng bagi tahun 2011 telah dijayakan hari ini di Kompleks Anak-anak Yatim Darul Hikmah, Sg Itik, Gopeng, Perak.

Terdapat empat Pasti didalam kawasan Gopeng iaitu Pasti Ammar (Pengkalan Pegoh), Pasti Ehsan (Rapat Setia), Pasti Pintar (Simpang Pulai) dan Pasti Sinaran Wahyu (Gopeng). Keempat-empat Pasti ini bertanding didalam acara-acara yang disediakan untuk merebut hadiah-hadiah terutamanya Piala Pusingan pemenang keseluruhan yang dipertandingkan setiap tahun.

Dengan bertemakan 'Riadah Seni Islami, Pasti Ummah Harmoni', murid-murid daripada 4 tahun sehingga 6 tahun berentap didalam acara (Individu) - Isi Air Dalam Botol, Sama dan Sepadan, Susun Tin dan Lari Pecut 30 Meter manakala bagi acara (Berkumpulan) - Baling Bola Dalam Bakul, Lari Dalam Guni, Rantai Gergasi, Aiskrim Gergasi, Lari Berhalangan dan Tarik Tali.

Anak lelaki saya, Azizul Harith (5 tahun) turut mengambil bahagian bersama Pasti Ehsan.

Trofi serta hadiah yang menjadi rebutan diantara 4 Pasti yang bertanding

Saudara Nuruddin Bashah selaku pengacara majlis dengan diperhatikan oleh Saudara Nadzrul

Bacaan doa pembuka majlis

Ucapan aluan serta perasmian oleh Ketua Pemuda Pas Gopeng, Raja Yusof

Menunggu giliran untuk melakukan acara perbarisan


Video perbarisan murid-murid Pasti

Perbarisan oleh murid-murid Pasti Kawasan Gopeng, Perak

Pasti Ehsan, Rapat Setia

Pasti Ammar, Pengkalan Pegoh

Pasti Pintar, Simpang Pulai

Bacaan ikrar

Pasti Sinaran Wahyu, Gopeng


Antara ibubapa dan keluarga murid yang kepanasan menunggu acara sukan bermula

Kita makan dulu.....

bakal bersambung selepas ini.........tungguuu

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...