Tuesday, April 19, 2011

Muktamar Pas Gopeng 2011: Pendaftaran dan Sarapan

IPOH (19.04.11): Muktamar Pas Kawasan Gopeng bagi kali yang ke-23 telah dilangsungkan dengan jayanya pagi ini di Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Ipoh.

Seawal jam 8.00 pagi lagi kehadiran Ahli Jawatankuasa, Perwakilan dan Pemerhati telah memenuhi khemah pendaftaran yang disediakan. Tidak ketinggalan juga kehadiran daripada Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta pasukan Unit Amal menjalankan tanggungjawab bagi menjayakan Muktamar ataupun Mesyuarat Agung Tahunan tahun ini.

Pendaftaran yang disediakan sekali dengan sarapan menceriakan suasana pagi perwakilan bertemu dan bermesra sesama sendiri sebelum pemilihan yang akan diputuskan bagi memilih kepimpinan Pas Kawasan Gopeng.

Muktamar tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak. Majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye, Adun Simpang Pulai YB Chan Ming Kai dan Adun Teja YB Chang Lih Kang. Kehadiran tiga orang kuat Gopeng ini amat bersesuaian dengan tema Muktamar tahun ini iaitu 'SUNGAI RAPAT MILIK PAS'.

AJK Kawasan Gopeng yang memastikan pendaftaran berjalan lancar

Mafla 'Sungai Rapat Milik PAS' dijual kepada perwakilan

Unit Amal turut membantu meja pendaftaran

Sarapan pagi sebelum memulakan Muktamar

Menikmati sarapan sambil berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai cawangan masing-masing

Muslimat juga merupakan tulang belakang kepada Pas Kawasan

YDP Pas Batu Gajah, Haji Ismail bersarapan dengan dirai oleh YDP Pas Gopeng, Haji Abd Rahim

Ketibaan YB Chan Ming Kai disambut mesra

YB Chan daripada PKR sedang berbincang dengan Haji Rahim

YB Dr Lee Boon Chye bersalaman dengan perwakilan

YB Dr Lee dijemput bersarapan bersama oleh Haji Rahim

YB Chang Lih Kang yang baru tiba

Senyuman mesra Haji Omar menyambut ketibaan YB Chang

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...