Thursday, April 21, 2011

Ambang PRU13: Kezaliman Umno akan terus dibongkar - PJ PAS Perak

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-1 3 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Mengulas mengenai keputusan kerusi yang ditandingi PAS di Pilihanraya Negeri Sarawak, beliau berkata, ianya juga sebagai latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping melebarkan sayap dakwah PAS di Sarawak.

Menurut beliau, PAS telah mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak serta dapat memobilisasi jentera parti sebagai latihan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," .

Memetik ucapan beliau, “ Jentera PAS sememangnya memberi fokus utama kemenangan kepada kerusi yang PAS bertanding dan kita juga terus menerus memberi fokus untuk menyampaikan maklumat sekaligus mengurangkan majoriti undi BN.

" Kadang-kadang pencapaian itu bukan sahaja untuk menang. Pencapaian itu juga mungkin pertambahan undi dan pengurangan majoriti ”.

" Di Sarawak juga, pencapaian yang kita perolehi kita dapat sampaikan maklumat kezaliman BN kepada rakyat Sarawak, seterusnya ia menjadi perbualan rakyat untuk menumbangkan kezaliman BN,"

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, maklumat yang disampaikan sewaktu kempen PRN Sarawak semestinya akan memberi kesan kepada PRU 13 akan datang.

Menurut beliau lagi, PAS akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara di kerana ianya soal penting yang harus diketahui rakyat khususnya golongan muda yang dilihat sudah menolak kepimpinan UMNO/BN yang dipenuhi rasuah.

"Kita akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara dan kepimpinan negeri sebab ini menjadi trend politik dunia. Tegas beliau

Beliau juga menyatakan, fenomena baru kepada masyarakat sesebuah negara ialah soal integriti. PAS yakin dan percaya pengundi muda juga mendokong prinsip yang sama iaitu tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN yang penuh dengan rasuah.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...