Monday, April 11, 2011

Pemuda PAS Parit gesa tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian pegawai kanan Kastam

Parit , 11 April 2011 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menggesa agar satu suruhanjaya diraja dibentuk dengan segera untuk menyiasat kematian seorang Pegawai Kanan Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang berasal dari Kg Talang, Lambor Kanan, Parit Perak.

Mangsa telah ditemui mati di banggunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur setelah hadir kepejabat itu pada 6 April yang lalu untuk membantu penyiasatan SPRM terhadap beliau.


Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak. Memetik ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Syah Hakimi “Kita menggesa suruhanjaya diraja ini dibentuk dengan segera untuk menegakkan keadilan untuk Allahyarham yang berasal dari Parit ini.


Tindakan kerajaan yang dilihat melengah-lengahkan penubuhan suruhanjaya ini dilihat satu kegagalan besar pentadbiran kerajaan selain menimbulkan spekulasi yang berterusan dari orang ramai.”


Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah yasin di kampung Allahyarham di Kg Talang, Lambor Kanan, Parit pada hari Khamis malam Jumaat ini iaitu 14 April 2011. Seluruh masyarakat kampung dan rakyat Malaysia yang tinggal berhampiran dijemput untuk bersama menghadiri majlis tersebut untuk mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...