Monday, April 4, 2011

Rakyat mampu buktikan, Kezaliman Umno BN boleh ditumbangkan

IPOH (4 April 2011): Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa, sepanjang pemerintahan Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, rakyat bawahan cukup merana dan tersiksa dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurut beliau kesan kenaikan harga barang ini akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini.


Beliau menyatakan, buktinya pada tahun 2010, harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Petrol RON97 telah dinaikan beberapa kali. Harga petrol RON97 dinaikkan pada Disember 2010 sebanyak 15 sen dan terahkir pada 6 Januari lalu dari RM2.30 kepada RM2.40.

Beliau turut menjangkakan tahun 2011 ini akan menyaksikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang mendadak dan membimbangkan.


Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menggambarkan bahawa, medan yang paling berkesan menghukum UMNO adalah pada pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.


Memetik ucapan beliau, “ Rakyat telah menunjukkan buktinya. Tekanan kuat kepada kerajaan pada tahun 2008, memaksa UMNO terpaksa mengaku kalah apabila rakyat dapat menafikan kuasa dictator UMNO BN di Malaysia selama ini”.


“Kenaikan harga petrol, diesel dan harga barang keperluan harian rakyat adalah besar kesannya dan menjejaskan sosio-ekonomi rakyat. Rakyat bawahan yang semakin gelisah dengan situasi itu menjadi bertambah tertekan dan terus tertekan dengan pemrintahan UMNO BN”.


Beliau menjelaskan lagi, apa yang amat menghairan ialah slogan yang digunakan Najib “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” merupakan kata—kata palsu . Tradisi sebenar UMNO BN selama ini ialah “ membelakangkan rakyat, kroni dibela” terus dilaksanakan.


Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru agar Rakyat segera bangkit dan bertindak untuk bersama berganding bahu bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN yang sudah lama mengkhianati amanah rakyat ini, Rakyat Malaysia mempunyai potensi besar untuk membuktikan kepada UMNO BN bahawa kuasa sebenar ada di tangan rakyat.


No comments:

Followers