Sunday, April 3, 2011

Sukan Pasti Gopeng 2011 - Acara Tarik Tali yang mendera


GOPENG (3.4.2011): Acara terakhir iaitu pertandingan tarik tali yang pada saya tidak sesuai dengan umur murid-murid Pasti ini. Bayangkan, ditengah panas terik, dengan kudrat yang telah tinggal sedikit akibat acara-acara yang sebelumnya, terpaksa pula melecurkan tangan menggenggam dan menarik tali yang pada setengahnya lebih besar daripada lengan sendiri. Bukan sekali, tetapi terpaksa menarik secara liga (berulang kali), sehinggakan ada yang meluahkan perasaan dengan menangis tanpa segan silu. Begitu mendera sekali.

Bagi kalangan penonton dewasa (bukan semua), acara ini begitu mengujakan apabila melihat anak-anak yang kecil renit terpaksa berhempas pulas menarik tali yang mengikut skala orang-orang dewasa.

Semoga pihak Pasti dapat mempertimbangkan semula acara tarik tali ini dimasa-masa hadapan.


Keperitan terpampang jelas diwajah-wajah mereka

Kome setakat sorak aje, boleh le

Setakat menyorakkan kata-kata semangat sahaja tidak dapat menolong

Perhatikan, tangisan kekalahan ataupun keletihan?

Hampir tinggi tali dari diri?

Murid perempuan juga tidak terlepas daripada siksaan ini


Jeritan orang dewasa lebih menakutkan berbanding memberikan semangat

Yang ini bagi kata-kata semangat ataupun marah?

Semangat sekeluarga

Sekali lagi, tangisan kekalahan, keletihan ataupun kesakitan?

Meluahkan pilu mengenangkan keletihan, menangislah dik

Tetap meneruskan misi yang digalas walau dalam kepayahan



Yang mengandung juga tidak mahu ketinggalan memberikan semangat

Keletihan anak-anak menjadi hiburan ibubapa?

Maaf jika ada yang tersinggung dengan pandangan peribadi saya mengenai acara tarik tali ini. Cuma rasa kasihan melihat mereka membanting tulang dibawah terik mentari yang menggigit kulit ini tadi.

No comments:

Followers