Saturday, April 30, 2011

Cina tidak gentar ugutan Najib


Najib yang dilihat semakin terdesak serta celaru dengan perkembangan politik tanahair yang menghalakan isyarat bahawa sokongan rakyat Malaysia memberati kepada Pakatan Rakyat, semakin hilang arah apabila mengugut pengundi Cina agar memilih parti MCA atau kehilangan wakil Cina didalam kerajaan.

Perkembangan terkini yang menyaksikan politik masyarakat Cina telah bersatu didalam menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan ketidakadilan yang semakin ketara didalam pentadbiran kerajaan BN. Parti DAP kini dilihat sebagai alternatif yang terbaik bagi mereka memastikan penentangan mereka tersebut terlaksana. Kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama Pakatan Rakyat membuktikan bahawa rakyat akan lebih terjamin dan makmur dengan pentadbiran dan pengurusan yang lebih telus seperti sistem CAT yang diamalkan disana.

Inilah yang paling ditakuti Najib Razak, Umno serta BN apabila sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Putrajaya semakin terancam.

Masyarakat Cina dinegara ini tidak akan pernah gentar dengan ugutan Najib Razak itu kerana tanpa MCA sekalipun, wakil mereka tetap akan berada didalam kabinet kerajaan. Bukan kerajaan BN tetapi kerajaan Pakatan Rakyat setelah PRU-13 nanti.

Najib: Mesej sudah jelas, kaum Cina kena pilih

April 30, 2011

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Semalam, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

‘‘MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit.

No comments:

Followers