Thursday, April 21, 2011

Video Rais Yatim pula akan didedahkan?

Kota Kinabalu: Penulis kontroversi dan blogger Abdul Mutalib Mohamed Daud sedang menyiapkan klip video yang akan digunakannya untuk mempertahankan diri didalam saman yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, menurut laman Sabahkini.

Rais Yatim menuduh Abdul Mutalib memfitnahnya didalam empat artikel yang mengaitkan dengan pertuduhan bahawa beliau merogol seorang wanita pekerja Indonesia yang bekerja dengannya pada 2007. Artikel-artikel berkenaan muncul didalam Sabahkini.

Sabahkini juga memetik kata-kata penulis yang beliau tidak akan mengeluarkan artikel-artikel tersebut sepertimana yang dipinta oleh Rais.

"Saya hanya melaporkan sepertimana yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya," menurut Vivien Sakuntala, wakil Sabahkini di Jakarta yang memetik kata-kata daripada e-mel Abdul Mutalib mengenai saman Rais itu.

"Adakah Rais ingin menembak pembawa mesej?"

Vivien berkata Abdul Mutalib berada diluar negara buat masa ini untuk menulis sebuah buku baru yang bertajuk 'Skandal Seks VVIP' dan menyiapkan sebuah video yang akan diserahkan sebagai sebahagian daripada pembelaannya didalam kes saman itu nanti. Laporan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai video tersebut.

Adalah difahamkan bahawa beliau kini berada di Indonesia.

Vivien Sakuntala juga melaporkan yang Abdul Mutalib tidak akan mendedahkan siapakah yang dimaksudkan oleh buku terbarunya nanti. Beliau adalah pengarang lebih daripada 20 buah buku, kebanyakannya mengenai skandal seks melibatkan orang kenamaan, termasuk YB dan VIP.

Rais, didalam keterangan tuntutannya, berkata artikel Abdul Mutalib mengandungi kata-kata yang tidak benar dan berbahaya yang menggambarkan beliau sebagai penzina dan tidak bermoral.

Beliau juga memohon injuksi untuk memaksa yang didakwa mengeluarkan artikel-artikelnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Abdullah telah menjadualkan kes tersebut pada 6 Mei.

sumber: diterjemah daripada Malaysia Today

No comments:

Followers