Orang-orang Melayu kini disibukkan dengan isu video seks. Maka isu itu telah diarahkan kepada Anwar bagi mengalih perhatian kepincangan pentadbiran negara dibawah Najib.
Apabila kes jubur Saiful tidak dapat menarik kepercayaan rakyat bahawa Anwar memang seorang sex maniac yang tidak layak untuk menjadi pemimpin, direkacipta pula isu video sex yang membabitkan beliau.
Video tersebut ternyata tidak dipercayai rakyat, maka isu sumpah laknat pula yang dilemparkan kepada Anwar dengan harapan beliau akan terperangkap disitu.
Isu sumpah laknat yang ingin dibuat oleh orang jahil tanpa panduan dan nasihat orang agama berbanding dengan Anwar yang menerima nasihat daripada ramai alim ulama mengenainya.
Najib seakan berkecuali dalam isu sumpah laknat. Bersumpah adalah hak setiap orang, katanya.
Bagaimana pula dengan Najib sendiri? Bila mahu bersumpah laknat bahawa beliau tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya? Tidak pernah berhubungan seks termasuk meliwat Altantuya sepertimana yang didedahkan oleh Bala didalam akuan bersumpahnya?
Negara kini menuju kejahilan apabila pentadbirannya diterajui oleh orang-orang yang jahil. Lebih malang lagi apabila orang-orang agama didalam kerajaan tidak berani untuk bersuara. Mereka-mereka inilah yang dinamakan 'syaitan bisu', membiarkan kejahilan bermaharajalela menghanyutkan umat Islam dinegara ini.
KUALA LUMPUR, 29 April — Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melakukan sumpah laknat berhubung video seks kontroversi, yang didakwa si pelakunya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib (gambar) yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti kerajaan.
Katanya, tidak kisah sama ada Shazryl atau Anwar mahu melakukan sumpah laknat kerana akhirnya publik akan menilai kejujuran individu terbabit.
“Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka,” katanya lagi.
“Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini hari ini.
Najib juga mengkritik penyokong PKR yang cuba untuk mensabotaj langkah ahli perniagaan mahu melakukan sumpah laknat dan tidak menghormati kesucian tempat ibadat.
“Kita mesti menghormati kesucian masjid,” katanya yang turut mempertahankan akhbar-akhbar menyiarkan sedutan klip video seks itu.
“Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno,” katanya.
Setiap orang ada hak buat sumpah laknat, kata Najib

No comments:
Post a Comment