Sunday, February 22, 2009

Tabik hormat iringi perpindahan MB Nizar sekeluarga


IPOH (22.02.2009) : Hari ini secara rasminya MB Nizar dan keluarga berpindah meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi.

Sebaik selesai majlis meraikan petugas unit amal, bloggers dan pihak media di kediaman rasminya, MB Nizar sekeluarga berpindah ke rumah sewanya yang terletak di dalam bandar Ipoh juga. Lokasi kediaman barunya tidak di maklumkan di atas permintaan keluarga yang mahukan sedikit ruang peribadi sekeluarga tanpa gangguan mana-mana pihak.

MB Nizar memandu sendiri kereta kepunyaannya diiringi beberapa buah lagi kereta keluar daripada kediaman rasmi dengan perbarisan serta tabik hormat daripada petugas Unit Amal.

Suasana yang agak sayu bagi teman dan rakan seperjuangan sedikit pun tidak melemahkan semangat MB Nizar untuk kembali semula ke kediaman rasmi ini apabila keputusan mahkamah nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Sungguhpun panel peguam MB Nizar yang sejumlah 12 orang mengatakan bahawa MB Nizar masih boleh tinggal dikediaman rasmi tersebut selama mana proses mahkamah berjalan, MB Nizar yang ingin mematuhi surat arahan mengosongkan kediaman tersebut yang dikeluarkan oleh SUK dan 27/2/2009 adalah tarikh akhir yang diberikan.







2 comments:

Budak Perak said...

cdey,pilu,sayu..
x per nizar..
anda msih mb yg sah..
ak akn s0k0ng anda..

Aneroid said...

Wasiat Rasulullah S.A.W pada Uthman bin Affan r.a :

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh ALLAH mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang ALLAH pakaikan kepadamu, maka JANGAN lah engkau menanggalkannya!”

Followers