Thursday, February 26, 2009

Kenaikan tol: Umum dahulu kemudian kaji?

Apakah rasionalnya Pak Lah mahu mengkaji kenaikan kadar tol setelah Menteri Kerja Raya mengumumkan perkara tersebut? Apakah ini merupakan satu dasar baru bagi kerajaan BN sepertimana isu lapangan terbang Labu yang tonggang-terbalik jadi tak jadinya?

Apakah jemaah menteri tidak memberitahu ataupun meminta persetujuan Pak Lah terlebih dahulu sebelum mengumumkan kenaikan tol? Apakah Pak Lah kini telah diketepikan di dalam membuat keputusan hal-hal yang penting kerajaan?

Banyak persoalan yang perlu dijawab. Namun begitu, yang pastinya....rakyat yang teraniaya.

Kenaikan Tol: Abdullah minta Kabinet kaji semula

Ramai pemimpin politik terkejut kenaikan terbaru ini

PATTAYA, Thailand: Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat MenteriMenteri Pertahanan Asean di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata. walaupun kenaikan itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, kelulusan yang diberikan Kabinet beberapa minggu lepas mungkin tidak sesuai dengan situasi sekarang.

"Walaupun dipertimbangkan daripada segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi pada masa sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah," katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, satu pendekatan baru akan dicari untuk menangani isu itu, termasuk peruntukan dalam pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan di Parlimen 10 Mac.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah berkata, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ini mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.

"Kalau kerajaan sendiri telah mengambil pendekatan ini memandangkan rakyat dalam keadaan kesusahan dan di samping itu ekonomi dapat dirangsangkan, saya fikir perkara ini (kenaikan) boleh dibincangkan semula dalam Kabinet mengambil kira situasi yang ada sekarang ini," kata beliau.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, sebaliknya berkata, bahawa ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.

Sebarang keputusan perlu mengambil kira keadaan sekarang, katanya.

Baca seterusnya...

1 comment:

Unknown said...

Selamat tahun baru 2009 oops silap, Selamat bayar tol baru 2009.

Boleh jadi inilah persiapan sumber kewangan Barisan Najis untuk pilihanraya di tiga Bukit.

Hantu Raya punya BN.

abufaris

Followers