Thursday, February 5, 2009

Dato Seri Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah


Satu sidang media diadakan jam 4.30 petang tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kesemuanya membuat ketetapan bahawa mengikut perlembagaan dan perundangan yang ada, Dato Seri Haji Ir Mohammad Nizar Jamaludin masih lagi memegang jawatan Menteri Besar Perak selagi beliau tidak meletakkan jawatan tersebut.

Sungguhpun dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Barisan Nasional yang mendakwa mempunyai majoriti sokongan daripada adun perak menubuhkan sebuah kerajaan yang baru.

Demi menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat di dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Dato Seri Nizar telah dengan beraninya menyembah derhaka kepada Sultan Perak.

Rampasan kuasa secara tergopoh-gopoh ini dianggap tidak bermoral yang dilakukan oleh seorang yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bulan hadapan.

Kesemua pimpinan Pakatan Rakyat bersatu suara dalam mempertahankan Dato Seri Haji Nizar sebagai Menteri Besar. Bukanlah tujuan Menteri Besar dan semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk menentang titah Baginda Sultan Perak, tetapi ini adalah suatu kezaliman yang dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap rakyat Perak.

(kesemua gambar akan diupload kemudian)


No comments:

Followers