Thursday, February 12, 2009

Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.

"Selain itu, sebelum perlantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.

Oleh itu, di sini timbul satu isu kesamaran kuasa yang perlu diperjelaskan oleh pihak mahkamah, kata beliau kepada Harakah.

Selain itu, ditanya mengenai keabsahan perlantikan Menteri Besar Perak yang berada dalam kemelut, beliau berpendapat terdapat beberapa persoalan berbangkit yang berkaitan dengan masalah perundangan.

"Persoalan lain, adakah peralihan sokongan atau keluar parti dua Adun KeADILan kepada BN adalah sah?

Baca seterusnya...

2 comments:

peihong said...

ya kerajaan BN kerajaan haram. fail sama ke mahkamah kerajaan PR boleh menang....

maun said...

Itu memang sepatutnye dibuat dahulu..teruskan pejuangan..perancangan perlu berhati-hati

Followers