Saturday, February 7, 2009

MB Nizar umum empat dasar penting




Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi. Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:

* tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,

* menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh untuk pesawat tambang murah bagi menggalakkan pelaburan,

* kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia,

* dan seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat - sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini - akan terus menjalankan tugas mereka.

Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan.

Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.

Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.

Lagi berita di mstar.com

No comments:

Followers