Monday, February 9, 2009

Perjalanan terakhir Allahyarham Haji Roslan Shaharum





Berita kematian Allahyarham YB Roslan Shaharum begitu pantas tersebar ke segenap tempat. Ada yang hampir-hampir tidak percaya.

Namun begitu, ketentuan Illahi tiada siapa bisa menolak mahupun menahan.

Setibanya saya ke rumah Allahyarham, kelihatan orang yang begitu ramai telah berkumpul sejak tengahari lagi. Tambahan pula hari ini cuti umum di negeri Perak.

Kehadiran yang dianggarkan melebihi 5,000 orang yang tak putus-putus tiba memenuhi kawasan rumah dan juga masjid.




Suasana pilu dan sebak menyelubungi perasaan setiap yang hadir. Saya yang menahan sebak akhirnya tewas dengan airmata bilamana melihat kesedihan 4 orang anak-anak Allahyarham yang baru tiba daripada sekolah tahfiz di Kelang.


Solat jenazah buat Allahyarham dilakukan sebanyak 5 kali (3 kali di rumah dan 2 kali di masjid) kerana terlalu ramai yang berhajat untuk menyembahyangkan jenazah Allahyarham. Suasana di masjid Kg Changkat Larang penuh sesak dengan kunjungan orang ramai.

Ramai pimpinan Pas negeri dan Pusat yang hadir. Antaranya Dr Mujahid, Dr Hatta Ramli, Dr Mariah, Dato Mahfudz Omar, Sdr Salahuddin Ayub, Ust Ahmad Awang dan ramai lagi. Manakala DS Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali tiba semasa jenazah dibawa masuk ke masjid.

Masyarakat India dan Cina juga tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada seorang wakil rakyat yang mereka kenali sebagai berjiwa rakyat.
Menteri Besar Perak, Dato Seri Haji Nizar bersama isteri telah sudi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan DS Nizar juga telah membacakan talkin untuk Allahyarham manakala Tuan Sheikh Mohd Nor Al-Hafiz membacakan tahlil dan Ustaz Zulkarnain Ibrahim membacakan doa.








Pengakhiran seorang insan yang beriman dan beramal soleh pasti dikurniakan keberkatan oleh Allah Taala. Dan keberkatan yang disaksikan hari ini adalah simpati dan penghormatan terakhir daripada segenap lapisan masyarakat serta sahabat dan saudara mara.

Kenangan manis bersama-sama Allahyarham pasti akan terpahat kukuh diingatan bagi mereka-mereka yang mengenalinya.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke-atas rohnya, Allahyarham Roslan Shaharum.

Al-Fatihah.










3 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Roslan Shahrum...Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada

zul said...

Salam Takziah...ada kesan luka pada dahi arwah.

Jeramkini said...

allahu akbar...tenangnya wajah beliau

Followers