Wednesday, February 11, 2009

Rakyat kini dihalang mendapatkan maklumat?

Larangan ceramah politik di Perak

Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

"Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

"Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa.Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.

Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.

"Saya tidak dengar (dakwaan itu). Negeri lain, kalau parti nak buat, kena ikut syarat-syarat (mengadakan ceramah) seperti biasa," kata Musa lagi, ketika diminta mengulas penarikan balik permit ceramah di Pulau Pinang.

Baca seterusnya - malaysiakini.com

Ajijoi~ bagaimana pula dengan akhbar dan media milik bn yang menggila memesongkan berita dan maklumat untuk disumbat secara paksaan kedalam pemikiran rakyat malaysia?

Pakatan Rakyat kini bagaikan berlawan dengan 'pondan' yang menggunakan samseng dan bapak ayamnya untuk 'menjual p**gg**g' di kawasan orang lain.

No comments:

Followers