Friday, February 6, 2009

Rakyat masih bersama Pakatan Rakyat


Hampir 20,000 rakyat Perak berhimpun dikediaman Menteri Besar Perak untuk bermunajat dan mendengar amanat daripada pemimpin-pemimpin PR negeri Perak.

Himpunan yang dijadualkan pada asalnya di Stadium Perak bagi menampung kehadiran rakyat Perak telah diarahkan kepada MBI untuk menarik balik permit himpunan oleh pihak-pihak tertentu bagi menyusahkan rakyat menyatakan pendirian mereka terhadap apa yang terjadi di Perak.

Sungguhpun pihak keselamatan menutup dan membuat sekatan di kebanyakan jalan untuk menuju ke sana, ternyata tidak dapat menyekat kehadiran rakyat yang bertali arus memenuhi setiap ruang di perkarangan kediaman, dewan serbaguna dan juga luar kawasan kediaman.

Begitu juga dengan provokasi yang ditunjukkan dengan kehadiran beberapa trak FRU yang cuba untuk menakutkan orang ramai. Tidak ketinggalan juga gangguan daripada kumpulan pemuda umno yang bermotosikal di kawasan kediaman.


Ancaman untuk menutup bekalan elektrik ke kediaman MB ketika perhimpunan dan ceramah berlangsung juga tidak dapat melunturkan semangat rakyat untuk tetap bersama-sama kerajaan pakatan rakyat menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh umno dan barisan nasional.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Ustaz Norazli Musa menghangatkan dewan yang penuh sesak sehingga melimpah ruah ke luar dewan. Ramai pimpinan pakatan rakyat negeri dan pusat yang menyampaikan ceramah mereka dengan penuh semangat.

Tidak ketinggalan juga wakil daripada persatuan mahasiswa yang menyatakan
bahawa mahasiswa tetap menyokong kerajaan pakatan rakyat yang dipilih oleh rakyat dan akan menggembleng tenaga untuk menjatuhkan umno dan barisan nasional.


Amanat yang dinanti-nantikan daripada Menteri Besar Perak DS Nizar mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh daripada hadirin semua. Beliau menyatakan bahawa beliau menolak untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar dengan kalimah Bismillah dan masih berpegang teguh amanah rakyat untuknya memerintah.

Bukan niatnya untuk menderhaka kepada Sultan tetapi undang-undang perlembagaan (Perkara 16 (6) hanya memperuntukkan kepada DYMM Tuanku yang boleh melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (Exco) bukannya jawatan Menteri Besar) harus dipertahankan dan beliau akan berjuang habis-habisan sehingga ke 'titisan darah terakhir' demi maruah rakyat Perak.

Ust Ahmad Awang membacakan doa sambil diaminkan oleh setiap yang hadir agar kerajaan pakatan rakyat tidak dibiarkan dirampas kuasanya dengan cara yang paling keji dan hina.

Kesemua yang hadir berdiri apabila Ust Norazli membacakan ikrar berjuang mempertahankan hak rakyat.

Biarpun majlis bersurai sekitar jam 11.10 malam, namun orang ramai dan para wartawan masih berada di kediaman sehingga lewat malam.

Diluar kediaman pula, demo yang merentang pelbagai sepanduk diadakan dan kenderaan yang lalu lalang disitu membunyikan hon mereka menandakan sokongan terhadap menteri besar dan kerajaan pakatan yang dipilih secara sah oleh rakyat.



1 comment:

Anonymous said...

Aku ada lalu kat umah MB, sesak ! aku ingat ramai orang, rupe nya penyokong penderhaka kepada sultan duk tgh jalan menganggu lalu lintas.

Definasikan rakyat melalui 20 ribu orang adalah sama mendefinasikan setitik air dilautan Cina selatan, rakyat Perak berapa ramai? 20 ribu berapa ramai ?

aku dengar Anwar al juburi terjerit2 macam kena sampuk hantu, mungkin dia kecewa sepatutnya dia yang tubuh kerajaan lompat 16 sept, tapi akhirnya orang lain yang buat. itu lah akibat mengajar orang lompat, akhirnya orang lompat sambil menabur tahi atas kepala dia.

Haji Hadi yang letih lemah beria-ria kata Nizar masih MB..ayoyo..apa sudah jadi ulama ini, dengar cakap seorang putar belit macam ANWAR...Hadi sepatutnya tidak sekongkol..

Ini adalah tarbiah Allah direct kepada Nizar, seperti tarbiah direct Allah pada Umno, terimalah dengan redha. Ini ketentuan dia. Sapa lagi yang lebih besar dari ketentuan Allah ?

Turun lah dengan redha, terimalah hakikat, amanah Allah sampai setakat itu. Kena sedar diri, kuasa tidak kekal...

Nizar...nizar...

Followers