Wednesday, February 11, 2009

MB Nizar dan Raja Azlan Shah menonton bola bersama di Stadium Perak

PENJAGA gol Perak, Megat Amir Faisal berjaya menghalang
cubaan penyerang Kelantan, Indra Putra Mahyuddin
dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.
Kelantan menang 3-2.


MB Nizar malam tadi meluangkan masa bersama-sama rakyat dan penyokong pasukan bolasepak Perak menyaksikan perlawanan Liga Super di Stadium Perak.

Perlawanan diantara pasukan Perak dan Kelantan telah berjaya menarik minat ribuan yang membanjiri stadium walaupun hujan agak lebat sebelumnya. Permainan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan menewaskan Perak 3-2.

Raja Azlan Shah, selaku penolong jurulatih berkata keseluruhan permainan amat membanggakan dengan semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain muda Perak. Cuma nasib tidak menyebelahi Perak apabila gawang dibolosi di minit-minit akhir dan seterusnya menafikan sebarang mata buat Perak.

Kelantan yang hadir bersama pengurusnya, Dato Annuar Musa ternyata masih merupakan satu pasukan yang sukar digoyah. Pemain-pemain ternama yang merupakan tonggak pasukan bukan calang-calang lawan.
Namun begitu, pasukan muda Perak telah membuktikan bahawa mereka juga bukanlah satu pasukan yang boleh diambil remeh oleh lawan.





Di Stadium Perak, Kelantan berjaya membawa pulang mata penuh selepas menewaskan Perak 3-2.

Penyerang lincah, Mohd. Nor Farhan menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-19.
Pasukan pelawat menambah jaringan menerusi Khalid Jamlus pada minit ke-26.
Perak kembali bangkit dengan memperoleh dua gol hasil jaringan Razali Umar Kandasamy pada minit ke-35 dan Shahrizal Mohd. Saad (46).

Nor Farhan muncul wira apabila meledak gol kemenangan skuad Wira Merah seminit sebelum perlawanan berakhir.

~ gambar-gambar ihsan sya-reformis

No comments:

Followers