Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum meninggal dunia

Haji Roslan Shaharom, Ahli Parlimen Bukit Gantang (PAS) telah meninggal dunia sebentar tadi.

Berita yang saya terima mengatakan bahawa beliau meninggal dunia berhampiran stesen minyak Petronas di pekan Batu Gajah semasa berseorangan sedang menunggu kereta dicuci, lalu meminjam basikal tuan punya kedai untuk ke Batu Gajah membeli ubat. Mungkin penat mengayuh basikal menaiki fly-over ke pekan Batu Gajah membuatkan Allahyarham diserang sakit jantung. Wallahu alam.

Malam tadi, semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Saya juga duduk bersebelahan beliau sepanjang majlis malam tadi. Kami telah lama mengenali kerana keluarga isteri saya sekampung dengan Allahyarham.

Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan. Segala aktiviti Allahyarham sebelum ini boleh diikuti di blog Parlimen Bukit Gantang.

Jenazah Allahyarham mungkin akan dibawa kerumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh nanti. Pengebumian akan dijalankan petang ini di Tanah Perkuburan Kg Changkat Larang, Ipoh.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke-atas rohnya.

Al-Fatihah.

Berita daripada mstar.com

Gambar-gambar terakhir Allahyarham yang dapat dirakam di Kediaman Menteri Besar Nizar malam tadi.



Allahyarham (duduk sebelah YB Idham Lim dan Dr Hatta Ramli) bergurau bersama-sama pimpinan Pas.

Allahyarham (berkupiah putih kiri gambar) serius mendengar ceramah pimpinan Pakatan Rakyat.

Allahyarham duduk dibelakang Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid.

Allahyarham (berdiri dibelakang sebelah kiri) sama-sama mengaminkan doa buat rakyat Perak.

4 comments:

Che Nuddin said...

salam,
Allah Maha Kaya, rakyat akan bangun untuk menunjukkan KUASA RAKYAT didalam PRK 059 nanti.
Al Fatihah buat Allayarham YB Hj Roslan Shahrom dan takziah untuk keluarga YB.

hiddenblade said...

salam

inna lilLahi wa inna ilahi raaji'un
baru saja almarhum ditemuramah dlm harakah
ana baru kenal almarhum dlm temuramah tu

F.S / (^_^) \ said...

Ibu saya ialah salah seorg yg sering menjalani rawatan as-syifa' dgn beliau.Sy sendiri pun sering menemani ibu.
Al-Fatihah buat ust roslan.
Moga rohnya dicucuri rahmat.

Anonymous said...

lepas balik kutuk mengutuk di rumah haram Nizar,dah kojol.

tapi takpa, nik aziz kata boleh masuk surga, tapi surga nik najis..

ruginya mati dalam kedaan kutuk mengutuk..

Followers