Friday, February 6, 2009

Perhimpunan digempur FRU

Jemaah yang selesai solat jumaat telah berarak menuju ke Istana Iskandariah untuk menyatakan bantahan mereka.

Tetapi perarakan mereka telah digempur oleh pasukan FRU yang sedia menunggu di situ.

Walaupun jemaah meneruskan juga perarakan, pihak FRU mula bertindak kasar dan melepaskan gas pemedih mata.

Jemaah terpaksa berpatah balik bagi mengurangkan risiko diserang oleh pasukan FRU.

Laporan selanjutnya sebentar lagi. Layari juga Malaysiakini, notoumno dan Cina Islam.

Begitulah hebatnya jurang pemisah yang merenggangkan perhubungan diantara Sultan dan rakyat Perak. Polis dikerahkan menjadi perisai untuk memisahkan raja dan rakyat. Sebab itulah raja-raja melayu tidak tahu bagaimana nasib orang-orang melayu ketika ini.

No comments:

Followers