Saturday, February 21, 2009

Dakyah Umno mula tersebar hari ini




Umno mula mengedarkan risalah yang berbentuk dakyah mempertahankan rampasan kuasa yang dilakukan mereka di negeri Perak ini kepada orang ramai.

Maklumat yang diterima Umno mengatakan majoriti rakyat Perak sudah tidak mempercayai dan bersama dengan mereka membuatkan mereka menggelabah. Media perdana milik mereka seperti akhbar utusan, berita hairan serta tv rtm dan tv3 ternyata tidak mampu untuk menyumbatkan maklumat palsu mereka ke benak rakyat Perak.

Isi kandungan risalah tersebut menceritakan kronologi kejadian rampasan kuasa di Perak dan soal jawab mengenai perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak yang telah mereka celarukan.

Kandungannya tidak mampu mempengaruhi pemikiran rakyat Perak yang telah jauh kehadapan daripada pemikiran puak-puak umno melalui pembacaan mereka di laman-laman blog dan akhbar-akhbar parti seperti harakah, suara keadilan, siasah dan wasilah. Jika tidak, masakan pihak KDN merampas akhbar-akhbar ini daripada kedai-kedai untuk menyekat maklumat kepada rakyat.

Risalah ini juga dikatakan akan diedarkan sehingga pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.

Bagi saya risalah ini tidak mampu menandingi risalah-risalah yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat yang lebih bermaklumat serta tepat tentang rampasan kuasa tersebut. Dan risalah-risalah Pakatan ini diterima baik oleh rakyat.

Sebelum ini, 4 orang telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah daripada PR di Kuala Kangsar. Saya berharap agar polis membuat perkara yang sama jika puak-puak umno mengedarkan risalah-risalah mereka. Janganlah pihak berkuasa berpihak dalam menjalankan tugas harian mereka. Kerana tugas mereka adalah menjaga kepentingan rakyat, bukannya menjaga kepentingan parti-parti politik yang menganiaya rakyat.

Download risalah Pakatan Rakyat di sini.

Penjelasan MB Nizar mengenai kemelut di Perak.

1 comment:

Budak Perak said...

p0lis mne nk tangkap puak2 umn0 ni..
kes r0g0l bdak bwh um0,bawak lari puteri sultan,bawak diut b'juta ke luar negara steady jer.
kal0 bkn 0wg deme..
huh,pham2 jer r..
di MALAYSIA KAL0 NK JD SAMSENG KER,PER0G0L KER,BUNUH 0WG KER kene ms0k umn0,gerenti lpas pnyer..
ini bkn c0baan,ini bt0l2..
wakakakakak

Followers