Thursday, February 12, 2009

Kerajaan Pakatan di Perak bagaikan sebuah "kerajaan buangan"

Kami akan menfailkan kes untuk memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan Kerajaan Haram ini tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah pada jam 11.30 pagi esok. Saya mohon sokongan dan jangan lakukan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman.

Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi.

Penyerahan kenderaan rasmi

"Pada prinsipnya semua kenderaan yang digunakan oleh exco-exco dan pegawai kanan negeri akan diserahkan pada malam ini dan esok dan akan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada katanya lagi. Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, 10 hari dari sekarang dan secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan anak-anak yang bersekolah. Dijelaskan juga bahawa semua exco dari Pakatan Rakyat akan hadir dalam Majlis Jubli Perak pada 14 Februari ini, bersama dengan pimpinan dan seluruh pembesar Istana, pembesar negara termasuk Sultan Brunei." Umum beliau. Kes difailkan di Kuala Lumpur adalah atas nasihat peguam Pakatan Rakyat.

Menteri Besar juga turut memberitahu semua kenderaan akan diletakkan di sini sehingga kes mahkamah selesai, buat sementara ini semua exco akan gunakan kenderaan peribadi termasuk beliau sendiri. Mengenai tempat mesyuarat dan pertemuan lain beliau menyatakan akan diadakan di tempat lain yang difikirkan sesuai, MB juga telah menyatakan bahawa kerajaan Pakatan di Perak sebagai sebuah "kerajaan buangan" kini.

Bila menjawab berkenaan dengan perhimpunan di Kuala Kangsar,Ir. Nizar itu menegaskan Pakatan Rakyat terlibat dengan apa-apa perhimpunan sedemikian rupa dan beliau menafikan PR tidak terlibat dalam menghimpunkan rakyat itu.

Menjawab soalan berkaitan kes di mahkamah, Dato' Ngeh Koo Ham berkata akan dibuat esok pada jam 11.30 di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dengan satu team peguam seramai 12 orang peguam yang telah dipanelkan.

Ditanya mengenai perasaan beliau bila ingin keluar dari Kediaman Rasmi, katanya " perasaan saya seperti rasa nak keluar berhijrah sebentar dan balik semula ke Mekah ". Ir. Nizar juga menyatakan keyakinannya akan kembali semula ke kediaman rasminya.

Mengulas Isu pelantikan 4 orang setaraf exco beliau mengatakan ia diputuskan sebelum sebelum exco mesyuarat dan wang rakyat telah dibazirkan dengan pelantikan itu. Menteri Besar Pakatan Rakyat itu ketika diminta mengulas mengenai calon Bukit Gantang beliau menjawab " belum lagi, terlalu awal " kata beliau lagi.

No comments:

Followers