Tuesday, January 22, 2013

Sentimen perkauman Umno; cetus ketakutan orang Melayu

IPOH: PAS Perak melihat Umno cuba mencetus ketakutan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian memberitahu Umno sedang mereka-rekakan cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan oleh bangsa lain.

"Dalam masa mereka hendak mengukuhkan kedudukan mereka, orang Melayu dimomokkan Umno dengan menggunakan politik sentimen perkauman.

"Umno telah menakut-nakutkan orang Melayu bahawa kedudukan bangsa Melayu akan terancam jika parti selain daripada Umno
 memenangi pilihanraya," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan hasrat untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu akan menggagalkan semangat perpaduan kaum negara ini.

"Rakyat telah sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka dan saya pasti Umno akan terus agresif untuk meneruskan isu sentimen perkauman ini demi politik mereka.

"Namun saya yakin, rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno, rakyat sendiri sudah pasti keputusan yang mereka lakukan demi kesejahteraan negara ini bukannya politik perkauman Umno," kata beliau lagi.

1 comment:

Sudir said...

Yang takut orang PR jer kot..

Followers