Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Sunday, January 13, 2013

HKR#KL112: Lagu Blues 'Ubah Sekarang' nyanyian Ito Blues Gang bergema di Stadium Merdeka



Penyanyi Blues Gang, Ito memang tidak asing lagi kepada semua. Beliau yang memang telah lama mengikuti ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dengan membawakan lagu-lagu bertemakan rakyat, turut hadir di HKR Stadium Merdeka.

Sepanjang siri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah diadakan diseluruh pelusuk negara, Ito telah mendendangkan lagu tema 'Ubah Sekarang' yang berentak Blues bagi menyemarakkan lagi himpunan tersebut.

Di HKR Stadium Merdeka ini, Ito sekali lagi membawakan lagu tersebut. Dan sambutan serta gema yang diberikan peserta HKR ini, begitu memberangsangkan terutamanya daripada anak-anak muda yang telah menjadi kalangan majoriti di dalam HKR ini.

Ito diperkenalkan oleh YB Mahfuz Omar. Seloroh Mahfuz, "Kalau Ito tak datang, saya yang akan menyanyikan lagu ini".

Peserta-peserta HKR gembira dengan lagu 'Ubah Sekarang' nyanyian Ito

Ito dengan gaya Bluesnya yang melekat sehingga ke hari ini
 


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...