PAS Perak mengharapkan perubahan murni di atas kejayaan rakyat dalam HKR 112 baru-baru ini adalah titik bermula perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat pada PRU 13 .
Perhimpunan yang berjalan dengan tertib dan sifar dari kejadian yang tidak diingini itu adalah sangat terpuji kerana inilah realiti yang sebenar bila rakyat diberi ruang untuk berhimpun dengan aman tanpa sebarang provokasi.
Jelas segala tohmahan dan fitnah terhadap HKR 112 oleh pihak yang menganggap ia akan menjejaskan keamanan adalah ternafi.
PAS Perak menyeru agar PRU 13 yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya mengenengahkan idea bernas seperti yang dituntut dalam HKR 112 itu dan bukan dengan melemparkan fitnah serta melagakan sentimen kaum dan agama.
HKR 112 baru-baru ini telah melakarkan sejarah yang sangat penting untuk Negara ini. Ia menunjukkan betapa suara rakyat tidak perlu dipandang serong malah semua pihak perlu menghormati tuntutan rakyat.
Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )
No comments:
Post a Comment