Thursday, January 24, 2013

Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya

Debat Darul Ridzuan di antara Nizar dan juga Zambry, sepertimana yang diketahui ramai bahawa Zambry telah menyatakan ketidaksanggupannya untuk hadir kerana tidak sama taraf di antara mereka.

Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari.

Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya.

Gagal

Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Zambry daripada BN yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya satu pihak sahaja yang berucap.

Ketidakhadiran Zambry juga telah membuatkan hilang minat orang ramai untuk datang sekaligus menggagalkan sasaran kehadiran yang diharapkan oleh penganjur.

Berjaya

Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan.

Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Zambry melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya. Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.

Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan. Pihak Pakatan Rakyat dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak BN Perak dilihat sedari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini.

Inilah peluang yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Perak kepada BN Perak yang diketuai oleh Zambry untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Perak sendiri.

Malang sungguh kerana Zambry dan BN Perak masih berdolak-dalih dalam menyatakan kebenaran dan juga menjauhkan diri daripada debat ini yang merupakan wacana ilmiah buat semua pihak.

Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran.

No comments:

Followers