Tuesday, January 22, 2013

Debat Nizar dan Zambry, jadi ke tak jadi?


Ramai yang tertanya-tanya, sama ada banner (seperti di atas) yang giat bertebaran di dada blog dan facebook, adalah banner gurauan semata?

Mana mungkin perdebatan hebat di antara dua tokoh yang menjadi pemimpin kepada dua parti besar di Malaysia bakal mengambil tempat dan bersaksikan rakyat negeri Perak sendiri.

Daripada maklumat yang didapati, pihak Pakatan Rakyat Perak telahpun menghantar surat jemputan rasmi untuk acara debat ini kepada Zambry di Pejabat Umno Negeri Perak pada 16 Januari yang lalu.

Namun, sehingga hari ini, masih tiada jawapan balas daripada pihak Zambry ke atas surat jemputan rasmi  PR Perak tempohari. Zambry dikatakan enggan untuk berdebat dan ini dilaporkan di dalam akhbar Utusan. Pihak penganjur amat kecewa dengan sikap Zambry yang tidak professional apabila tidak membalas surat jemputan rasmi itu dan hanya menyatakan keengganan beliau menerusi media yang menandakan beliau sedar dan tahu bahawa terdapat surat jemputan rasmi yang telah dihantar ke pejabat Umno Negeri.

Daripada pemerhatian rambang yang diambil daripada komen-komen orang ramai terutamanya rakyat Perak sendiri melalui laman facebook, rata-rata mereka mahukan debat ini berjaya dijalankan sepertimana yang dirancang. Ini bagi membuka peluang kepada kedua-dua tokoh ini merungkai segala isu-isu dan persoalan yang tergantung akibat tiada jawapan yang bernas yang diperolehi semasa Sidang Dun Negeri Perak baru-baru ini.

Isu pokok yang lebih diutamakan di dalam Debat Rakyat kali ini adalah mengenai rasuah kepada Ngeh Koo Ham oleh Tuan Guru Nik Aziz sepertimana yang didakwa oleh pihak Umno dan juga mengenai kroni-kroni Zambry yang dikatakan mendapat banyak projek daripada beliau. Siapa berdusta? Itulah yang ingin didebatkan agar rakyat Perak boleh menilai sendiri mengenai isu-isu ini setelah peluang tersebut tidak dapat mereka kecapi melalui Sidang Dun baru-baru ini.

Menurut pihak penganjur, debat ini akan tetap diteruskan dengan atau tanpa kehadiran Zambry kelak di Hotel Excelsior, Ipoh. Orang ramai dijemput untuk bersama-sama mengasah minda 23 Januari ini.

Sekali lagi, Zambry diberi peluang untuk membuktikan kejantanannya setelah beberapa kali gagal berbuat demikian.

No comments:

Followers