Monday, January 28, 2013

50 pasukan kecewa padang Futsal dikunci


Batu Kurau: Umno semakin tertekan, selepas isu sekatan kebebasan bersuara terhadap mahasiswa, kini umno terus menekan golongan anak muda. Terkini lokasi padang Kejohanan Futsal Piala Dato' Fauzi Shaari anjuran JPRK Larut dikunci oleh pihak umno.


Menurut Ketua Cawangan PAS Kg. Pantai Besar, Norzati b Ramli. Sehari sebelum pertandingan pihaknya telah menerima aduan daripada beberapa orang anak muda bahawa pintu pagar padang futsal tersebut telah dikunci oleh seorang ahli umno. "Bila saya terima berita ini, saya terus menghubungi Ust Akmal dan memaklumkan apa yang berlaku dan beliau bergegas ke tempat kejadian". Ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Pantai Besar pula menyatakan kekesalannya atas peristiwa yang berlaku. Menurutnya PAS sebagai sebuah parti politik yang sah sepatutnya berhak menggunakan segala kemudahan awam yang terdapat dinegara ini. "Kami juga adalah warganegara Malaysia yang membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan, tapi kenapakah kami disekat daripada menggunakan padang ini?". Soalnya.


Akibat pebuatan tersebut, majority anak muda yang menyertai pertandingan tersebut melahirkan ketidakpuasan dan kekecewaan mereka terhadap insiden tersebut. Mohd Hafiz b Zulkifli yang mewakili Pak Abu Catering FC dari Selama kecewa dengan sikap umno, beliau menyifatkan padang futsal tersebut adalah kemudahan untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk parti umno. "Sekiranya umno rasa tertekan, umno buatlah program seumpama ini juga dan jangan kerana tidak mampu buat, mula nak sekat program orang". Ujar beliau yang pernah mewakili Pasukan Takraw Negeri Perak bawah 21 Tahun 2008-2012 (SUKMA).

Seorang lagi peserta, Puwira b Che Dan yang mewakili pasukan Sg. Ara FC turut berkongsi perkara yang sama. 

Beliau menyifatkan dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, tidak sepatutnya umno mempolitikkan kegiatan sukan. "Ini kali kedua saya menyertai program anjuran PAS, sebelum ini saya juga menyertai program sukan anjuran umno walaupun saya tidak menyokong umno, ini kerana bagi kami ini adalah demokrasi". Ujar beliau.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ust Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui dilokasi pertandingan pula menyifatkan umno sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin. Ini kerana Perdana Menteri sering melaungkan transformasi demokrasi tetapi insiden ini jelas menunjukkan umno adalah pengamal politik sempit. "Saya mewakili seluruh anak muda Parlimenn Larut dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab ini. Kami dipihak Pemuda PAS berjanji sekiranya Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, segala kemudahan awam yang ada diseluruh Negara akan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira parti". Tegas beliau.

Pertandingan yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1200 untuk johan itu Berjaya menghimpunkan seramai 50 buah pasukan dari seluruh Parlimen Larut termasuk dari Pulau Pinang dan Kedah serta pasukan Parlimen berdekatan.

Sumber: blog 

No comments:

Followers