Tujuan asal pengumpulan fakta ini adalah untuk tujuan mendokumentasikan kronologi dan faktor asas kepada suatu isu ikhtilaf ulama’ yang melibatkan kepentingan umat Islam dan hak umat Kristian yang telah lama menggunakan kalimah Allah. Ikhtilaf ulama’ ini perlu diperhatikan dari sudut perbahasan samaada dalam aspek fiqh nusus, fiqh waqie, dilektika dakwah, siasah syariyyah mahupun suatu tindakan sad az Zarai’e.
Beberapa titik penting yang perlu diperhalusi;
- Isu ini akan digunakan semaksima oleh UMNO untuk mengatakan PAS tidak menegur DAP dalam isu aqidah (terlalu liberal)
- Isu ini ijtihadiy malah membenar secara mutlak, melarang secara mutlak, membenar dengan syarat ianya masih dalam lingkup ijtihadiy.
- Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS bahawa yang dibenarkan hanya menyebut kalimah Allah kerana berpandu dalil Ali Imran 64 dan Al Ankabut 63[1].
- Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS melarang terjemahan kalimah Allah ke dalam Bahasa apa sekalipun kerana Allah adalah lafzul Jalalah yang suci.
- Di Negara Arab dan serata dunia Kalimah Allah telah lama digunakan. Sabah Sarawak juga menggunakan kalimah Allah dalam Gereja mereka dengan kebenaran kerajaan.
- KDN perlu bertanggungjawab apabila ada Injil bahasa Indonesia diimport masuk ke Malaysia walaupun UMNO mengaku membela kalimah ini daripada Bible.
- Umat Kristian juga perlu resah jika benar kalimah Allah digunakan secara meluas dalam Bible kerana anak mereka boleh sahaja mengenali Islam yang sebenarnya dan akhirnya meninggalkan ajaran Kristian sepertimana di Negara Arab. Mengapa hanya orang Melayu yang risau? Inilah paranoid yang dicetus oleh UMNO.
- Jika dilarang penggunaan kalimah Allah dalam sebutan oleh kaum bukan Islam, maka lagu-lagu kerajaan negeri melayu yang ada lafzul Jalalah sepatutnya ditukar kepada God semasa mereka menyanyikan lagu tersebut.
- Teguran dan penjelasan telah diberi oleh Presiden PAS terhadap Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat sedangkan UMNO tidak pernah menegur MCA menghina hukum Hudud dan sistem Syariah negeri Selangor.
- Kita tidak boleh manfikan konsep Rububiyyah yang diakui oleh semua agama. Semua agama diakui oleh Al Quran mengakui adanya tuhan yang mencipta. Mereka syirik uluhiyyah walaupun mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan. Secara nasnya kita dilarang menghalang mereka menyebut nama Allah. Walaupun begitu penghalangan mencetak Injil berbahasa Melayu perlu dalam konteks waqi’e Malaysia atas alasan sadd azzarai’e.
Menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman[2]
- Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS.
- Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam.
- Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
- Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
- Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
- Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas, yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian.
- Prof Madya Dr Khadijah Hambali dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini. Dr Zaharudin bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah,
- Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
- Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu.
- Dr Zaharuddin cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.
Fakta-fakta penting
- Di dalam kerancakan berbicara hak penggunaan nama Allah, perlu juga diteliti jangan hingga kita menidakkan rububiyyah Allah mencipta dan mentadbir golongan bukan islam. Umat Islam perlu yakin bahawa Allah juga tuhan kepada kaum bukan islam cumanya emreka engkar atau tidak mengenali Allah yang sebenarnya. Lihat perihalan di bawah;
Seorang guru menguji kefahaman anak muridnya tentang konsep ketuhanan.
Guru: Apa nama tuhan orang Islam?
Murid: Allah, cikgu..
Guru: Betul. Apa pula nama tuhan orang kristian?
Murid: Jesus atau God, cikgu.
Guru: Salah tu. Nama tuhan mereka Allah juga. Allah yg jadikan mereka dan semua makhluk dalam alam ini. Cuma mereka tak kenal Allah dan sifat2nya sebagaimana kita kenal Allah[3].
- Artikel 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu. Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Untuk membaca selanjutnya, sila klik di SINI
Sumber: blog Landskap Siasah
No comments:
Post a Comment