Thursday, January 10, 2013

HKR #KL112 bakal disusup masuk polis?

Semenjak pihak polis memberikan kebenaran dan kerjasama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang bakal diadakan Sabtu nanti, pelbagai spekulasi daripada orang ramai mengenai berita tersebut.

Ada yang gembira dan ada juga yang curiga.

Takkan Polis Malaysia sebaik itu, kata mereka.

Terdapat berita yang terbaru dipostkan di facebook, yang mengatakan mengenai sesuatu bakal terjadi di #KL112 nanti, amat membimbangkan sekali.

Berita tersebut menyatakan:
"Di Pulapol KL petang semalam, sebuah lori yang berisi kotak-kotak baju yang sama warna untuk #KL112 Sabtu ini (Merah, Kuning, Hijau, Oren & Biru) telah diagih-agihkan kepada pelbagai unit anggota PDRM & Kontinjen Luar (dikumpulkan di Pulapol).

Disyaki untuk menyusup/provokasi dalam #KL112 nanti.

Mohon sahabat-sahabat, para peserta #KL112 dan pimpinan beri perhatian untuk tindakan susulan dan persediaan awal.

Mana-mana peserta yang cuba timbulkan masalah dalam #KL112 nanti, mohon ditahan oleh Unit Keselamatan."

Agak serius isi kandungan berita ini, harap-harap ianya tidak benar.

Walaubagaimanapun, kita semua yang menyertai #KL112 nanti, perlulah lebih berhati-hati dan waspada akan anasir-anasir luar yang cuba untuk menggagaljan program besar, penting dan bersejarah ini.


No comments:

Followers