Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Sunday, January 13, 2013

Perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka


Kami ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dengan menaiki 4 buah bas yang disediakan oleh PKR Gopeng. Bermula jam 7.30 pagi dan tiba ke Jalan Sultan berhampiran Stadium Merdeka sekitar jam 12.30 tengahari.

Melihat-lihat jualan yang dipamerkan sepanjang jalan dari Masjid alBukhary ke Stadium Merdeka. Rata-rata tshirt HKR yang dijual disini laku bagai goreng pisang panas, kalau berbaki pun, hanya bersaiz S dan M saja. Nasib baik saya dapat beli sehelai, saiz XL dengan harga RM15.



Kami solat Zohor di Masjid alBukhary.



Bergerak daripada Masjid AlBukhary menuju ke Stadium Merdeka. Bertemu dengan Haji Razman Zakaria (Pesuruhjaya II Pas Perak) dan kumpulan dari Lenggong.

Haji Razman Zakaria sentiasa bertenaga 

Haji Razman membeli kain ikat kepala dan agihkannya kepada peserta-peserta dari Lenggong



Setiba di pintu masuk Stadium Merdeka, kelihatan ramai sungguh orang yang berlegar-legar di luar stadium sambil kusyuk mendengar ucapan-ucapan daripada pimpinan NGO yang dipancarkan melalui speaker-speaker besar yang disediakan diluar stadium.

Ramai yang memanjat tembok untuk melihat dengan lebih jelas lagi.


Apabila memasuki Stadium Merdeka, orang ramai sudah mula melinpah sehingga ke dalam padang, saya pun cuba mencari jalan untuk ke hadapan pentas bagi mengambil gambar dengan lebih baik dan jelas lagi. 






No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...