Sunday, January 13, 2013

HKR#KL112: Ucapan pimpinan NGO


Apabila memasuki Stadium Merdeka, saya mengambil peluang untuk menyelinap melalui orang ramai untuk ke hadapan sekali bagi mendapatkan angle yang baik dan menarik bagi dikongsikan dengan pengunjung blog ini. Walaupun saya terjatuh semasa menuruni bukit daripada bahagian atas stadium kerana keadaan rumpun yang agak lembap, itu tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus ke bahagian hadapan pentas utama.


Semasa saya melangkahkan kaki memasuki stadium, ucapan daripada wakil orang asal sedang bergema diikuti oleh wakil daripada NGO Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas) yang mana gambar mereka tidak sempat saya rakamkan. Waktu itu sedang bertatih melalui di celah-celah orang ramai. Rahsia untuk lepas ke bahagian hadapan pentas adalah dengan mengangkat kamera, dan orang ramai yang melihat saya memegang kamera akan memberikan laluan bagi saya mencelah ke depan.

Wakil NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA), Syed Ibrahim Syed Noh

Ramai jurugambar yang berdiri di bahagian ini yang menghalang pemandangan orang ramai yang duduk bersila di atas lecah padang, membuatkan mereka tidak berpuas hati dan memekik-mekik meminta orang di hadapan agar duduk.

YB Mahfuz Omar selaku pengacara majlis

Wakil kaum wanita, Ustazah Siti Zailah




Wakil NGO Kerabat (Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera) begitu bersemangat sekali mengecam kerajaan BN

Wakil NGO Orang Kurang Upaya

Wakil daripada Sabah, 'Ini Kalilah..'

Wakil NGO MamaBersih

Dato' Ambiga mewakili Bersih yang memberikan ucapan yang begitu bertenaga dengan slogannya 'THIS IS IT!'

Wakil daripada NGO Royalti yang menuntut royalti bagi negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini


Ketibaan DS Anwar Ibrahim menggamatkan stadium


Dua orang pimpinan yang begitu digeruni oleh pimpinan Umno dan BN

Wakil NGO 'Save Malaysia Stop Lynas' yang berjalan kaki daripada Kuantan ke Putrajaya tempohari memberikan ucapan beliau


Saudara Mazlan Aliman yang mewakili NGO ANAK berucap mengenai Felda yang perlu diselamatkan daripada pimpinan Barisan Nasional

No comments:

Followers