Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Sunday, January 13, 2013

HKR#KL112: Ucapan pimpinan utama Pakatan Rakyat



Setelah semua wakil-wakil NGO menyampaikan ucapan dan harapan mereka, kini tibalah masanya untuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pula untuk menyampaikan amanat dan janji mereka.

Tuan Haji Mohd Sabu selaku Ketua Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat

Bang Mat Sabu menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan himpunan kali ini termasuklah pihak polis yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan himpunan.

YB Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg Petani dari PKR mengambil alih tugasan mengacara himpunan buat sesi yang kedua. Saya amat terkesan apabila beliau menyatakan yang jika stadium di Kelantan hendak disewa, harganya cuma RM800 saja, tetapi untuk menyewa Stadium Merdeka ini, pihak penganjur terpaksa membayar sebanyak RM100,000.00

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP memberikan ucapan beliau.

Banyak sindiran-sindiran tajam yang beliau lontarkan kepada pemimpin-pemimpin BN



Terjumpa Pesuruhjaya Pas Perak, AF Ustaz Abu Bakar Husain bersama pimpinan yang lain



Saya tidak tahu berapa umur pakcik ini, tetapi kegigihannya memanjat pelantar media yang tinggi itu dan memegang kamera merakam video agak lama disitu, sesuatu yang memerlukan tenaga dan semangat yang tinggi juga

Ucapan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Dato' Seri Anwar Ibrahim memberikan tabik hormat kepada semua yang hadir di HKR ini

Ucapan beliau begitu bermakna dan menambahkan keyakinan rakyat kepada pemerintahan yang adil buat semua apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara






Amaran Rakyat: BN Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...